suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amuk di klinik gigi... Lepas selesai buat ‘scaling’, jururawat parah ditikam pesakit

Suspek pada awalnya mahu mendapatkan rawatan pergigian di klinik tersebut.

SEORANG jururawat di klinik pergigian mengalami kecederaan parah selepas ditikam beberapa kali oleh pesakit yang baru sahaja mendapatkan rawatan.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah klinik pergigian di Bandar Tangerang, wilayah Banten di Indonesia pada kira-kira pukul 4 petang, 30 Mei lalu.

Difahamkan, suspek sebelum itu hadir ke klinik berkenaan untuk menjalani prosedur pembersihan gigi sebelum meminta kebenaran menggunakan tandas.

Mangsa kemudian mengiringi lelaki terbabit ke kawasan tandas klinik, namun secara tiba-tiba suspek bertindak menyerangnya dengan menikam mangsa beberapa kali.

Akibat serangan itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan pada bahagian tangan dan perut sebelum dikejarkan ke Tangerang Hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Jatiuwung, Robiin mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa suspek merupakan pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

Menurutnya, pihak polis menahan suspek serta merampas bahan bukti bagi membantu siasatan. 

Tambah beliau, polis juga sedang meneliti keadaan mental suspek bagi membantu mengenal pasti punca sebenar serangan tersebut.

Setakat ini, motif kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. -Agensi

Artikel Lain