suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu ‘disampuk’ cinta gila! Anggap anak penghalang hubungan, wanita pakat dengan kekasih dera sampai mati

Hasil bedah siasat menunjukkan banyak kesan kecederaan pada tubuh mangsa. -Gambar hiasan AI

SEORANG kanak-kanak lelaki yang baru berusia setahun enam bulan dipercayai menjadi mangsa penderaan kejam secara berpanjangan sebelum dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian yang amat menyayat hati itu dilaporkan berlaku di Kerala, India.

Difahamkan ia melibatkan ibu kandung mangsa sendiri.

Lebih mengejutkan, pihak polis mendedahkan bahawa plot pembunuhan kejam ini sebenarnya sudah dirancang selama hampir tiga bulan oleh ibu kandung mangsa bersama teman lelakinya, semata-mata kerana menganggap anak kecil itu sebagai penghalang cinta mereka.

Hasil siasatan mendapati, mangsa pada mulanya dibawa ke sebuah hospital swasta di Panavur pada petang 29 Mei oleh ibunya, Akila, bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Asgar.

Ketika tiba di hospital, Akila cuba bersandiwara dengan memaklumkan kepada doktor bahawa anaknya itu tiba-tiba sahaja pengsan ketika sedang makan.

Bagaimanapun, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya selepas dipindahkan ke sebuah hospital lain untuk rawatan lanjut.

Ahli keluarga mangsa yang berasa curiga dan tidak sedap hati dengan kejadian mengejut tersebut kemudiannya bertindak membuat laporan polis.

Hasil bedah siasat akhirnya membongkar taktik kotor mereka apabila doktor mengesahkan punca kematian adalah akibat pendarahan dalaman yang tersangat serius.

Malah, pemeriksaan lanjut pada fizikal mangsa turut menemukan 51 kesan kecederaan baharu dan lama di seluruh tubuhnya, sekali gus menguatkan lagi bukti bahawa mangsa telah didera dengan begitu zalim.

Susulan pembongkaran itu, polis bertindak menahan Akila dan teman lelakinya pada 30 Mei lalu sebelum kedua-duanya direman bagi membantu siasatan lanjut.

Ketika disoal siasat, pasangan kekasih itu akhirnya mengaku mereka sudah merancang untuk membunuh mangsa sejak tiga bulan lalu, selain telah menderanya secara berterusan sepanjang sebulan sebelum kematiannya.

Siasatan polis mendapati Asgar benar-benar menganggap anak kecil yang tidak berdosa itu sebagai batu penghalang besar dalam hubungan cinta mereka.

Lebih menyedihkan, suspek turut mengaku bahawa sebelum meninggal dunia, mangsa dipukul dengan kuat di bahagian kepala menggunakan sebatang kayu hanya kerana kanak-kanak itu menangis.

Pihak polis turut mendakwa pasangan kejam ini cuba menghapuskan bukti pembunuhan dengan membersihkan rumah, membuang barangan yang digunakan untuk mendera mangsa ke dalam terusan, serta membakar beberapa bahan lain.

Siasatan mendalam juga mendapati kedua-dua belah tangan mangsa sebenarnya pernah patah kira-kira sebulan sebelum kematiannya, namun ketika itu suspek memberi alasan kononnya kecederaan tersebut berpunca daripada kemalangan basikal. -Agensi

Artikel Lain