suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak cukup aiskrim, pani puri pun nak percuma! Anggota polis buli peniaga, enggan bayar harga makanan digantung tugas

Video anggota polis terbabit sedang menikmati aiskrim yang didakwa diambil tanpa bayaran, tular di media sosial.

SEORANG anggota polis digantung tugas selepas didakwa kerap mengambil makanan secara percuma daripada peniaga tempatan.

Perbuatan tersebut dilaporkan berlaku ketika dia sedang bertugas dan memakai pakaian seragam.

Penduduk setempat yang berang dengan tindakannya itu kemudian menyebarkan rakaman video yang memaparkan dia sedang menikmati aiskrim ketika berada di dalam kereta peronda.

Kejadian dilaporkan berlaku di India.

Berdasarkan laporan pada Isnin, video tersebut dirakam oleh sekumpulan peniaga yang sebelum itu membuat aduan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan anggota polis terbabit.

Mereka mendakwa kenderaan Polis Respons Kecemasan (PRV) bernombor 9303 yang beroperasi di bawah talian kecemasan 112 sering berhenti berhampiran premis perniagaan dan meminta aiskrim percuma.

Tidak hanya itu, individu terbabit juga didakwa mendapatkan pani puri tanpa membuat sebarang bayaran.

Susulan aduan tersebut, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Anand Kumar Jha mengarahkan siasatan dalaman dijalankan bagi menyiasat dakwaan yang dikemukakan.

Hasil siasatan awal mendapati terdapat asas terhadap aduan berkenaan sebelum seorang anggota polis yang terlibat digantung tugas sementara menunggu siasatan lanjut selesai.

Menurut Anand, siasatan terperinci kini diserahkan kepada pihak berkuasa daerah Ghatampur dan tindakan tatatertib atau perundangan tambahan akan dipertimbangkan berdasarkan laporan akhir yang bakal dikemukakan. -Agensi

Artikel Lain