suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penolong pengetua sekolah antarabangsa disyaki rogol murid, simpan bahan lucah dalam telefon bimbit

Warga emas Kanada ditahan lepas disyaki rogol anak murid.

SEORANG warga Kanada diberkas polis selepas didakwa merogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun ketika sesi tuisyen matematik persendirian di rumah mangsa tahun lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku di Thailand.

Suspek, James Inkster, 68, ditahan di wilayah Prachuap Khiri Khan pada Ahad lalu selepas dipercayai melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Menurut Ketua Biro Siasatan Pusat Thailand, Leftenan Jeneral Nathasak Chaonasai, lelaki terbabit didakwa melakukan jenayah tersebut di daerah Pak Chong, Nakhon Ratchasima pada Oktober 2025.

Siasatan mendapati suspek merupakan penolong pengetua di sebuah sekolah antarabangsa berhampiran Khao Yai dan telah mengajar mangsa secara persendirian di rumahnya sebanyak dua kali seminggu sejak tiga tahun lalu.

Pada 20 Oktober 2025, ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah, suspek didakwa meminta remaja berkenaan menunjukkan bilik tidurnya sebelum melakukan serangan seksual.

Kes itu terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa, sekali gus membawa kepada siasatan lanjut terhadap suspek.

Ketika penahanan dilakukan, polis menemui sejumlah klip video dan gambar lucah yang disimpan di dalam telefon bimbit milik lelaki berkenaan.

Menurut polis, suspek sebelum ini pernah ditahan berhubung dakwaan sama namun dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu proses perbicaraan.

Bagaimanapun, selepas dibebaskan, dia dipercayai mula menjual aset miliknya termasuk emas sebelum melarikan diri dari Nakhon Ratchasima ke Prachuap Khiri Khan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Polis kini meneruskan siasatan lanjut terhadap suspek yang berdepan tuduhan serius berkaitan serangan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur. -Agensi

Artikel Lain