suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemelut rumah tangga berakhir tragedi... Lelaki maut ditikam abang ipar depan mata bapa sendiri

Mangsa ditikam berhampiran tandas awam. -Gambar hiasan AI

KEMELUT rumah tangga sepasang suami isteri yang berlarutan sekian lama akhirnya bertukar menjadi sebuah tragedi berdarah apabila si suami maut selepas ditikam oleh abang iparnya sendiri.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Abhishek Jha, 26, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas ditikam berulang kali.

Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran sebuah tandas awam di kawasan Mangolpuri, barat laut Delhi, India, kira-kira pukul 11.30 malam pada Isnin lalu.

Bapa mangsa, Shambhu Nath yang berada di lokasi kejadian mendakwa anaknya didatangi abang iparnya, Aryan, bersama seorang lagi individu sebelum mereka mengajak mangsa ke tepi.

Menurutnya, kedua-dua suspek kemudian bertindak menikam mangsa berkali-kali tanpa sebarang amaran.

Shambhu turut mendakwa dia cuba membantu anaknya, namun ditolak sehingga terjatuh sebelum suspek melarikan diri dari lokasi kejadian.

Rentetan kejadian itu, ahli keluarga mangsa percaya bahawa serangan nekad tersebut berpunca daripada konflik rumah tangga antara mangsa dan isterinya.

Difahamkan, perkahwinan mereka berdepan masalah sehinggakan si isteri sudah hampir setahun keluar rumah dan tinggal bersama keluarganya sendiri.

Malah, Shambhu mendakwa Aryan sebelum ini pernah mengatur beberapa serangan terhadap mangsa selain mengeluarkan ugutan.

Dalam pada itu polis memaklumkan, mangsa dibawa oleh bapanya ke Hospital Memorial Sanjay Gandhi untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Tambahnya, kertas siasatan dibuka mengikut kes bunuh dan kini pasukan polis giat mengesan suspek yang masih bebas.

Polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi serta mengumpul maklumat risikan bagi membantu usaha mengesan suspek. -Agensi

Artikel Lain