suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya dengan rendah hati mohon maaf” - Anak Jaslinda titip pesanan menyentuh hati, teguh menanti kepulangan ibu

Jaslinda hilang ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman.

ANAK kepada wanita yang dilaporkan hilang, Jaslinda Saludin, 49, berkongsi luahan penuh emosi susulan kes ibunya yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Menerusi hantaran di media sosial, @Deefzl._ turut memohon maaf bagi pihak ibunya sekiranya wanita itu pernah melakukan sebarang kesilapan terhadap mana-mana pihak.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya ibu saya ada melakukan sebarang salah silap kepada sesiapa sahaja sama ada secara sedar atau tidak. 

"Sebagai waris, saya dengan rendah hati memohon maaf bagi pihak beliau," tulisnya pada Khamis.

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, dia turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai atas doa serta kata-kata semangat sepanjang tempoh sukar yang dihadapi keluarganya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 11 hari, operasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala kecil

"Kepada semua yang telah memberi doa, nasihat, petua dan sokongan, kami amat menghargainya. Terima kasih atas kehadiran setiap insan yang tidak putus-putus mendoakan ibu saya serta kepada semua anggota dan pihak yang terlibat dalam usaha pencarian.

"Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa semua. Terima kasih semua. Ibu, we miss you," tulisnya lagi.

Untuk rekod, Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman yang bermula pada pukul 2 pagi, 23 Mei lalu bersama 13 individu lain serta dua malim gunung.

Ekspedisi itu melalui laluan Pos Gedung–Gunung Bah Gading–Gunung Batu Putih–Kuala Woh.

Jaslinda kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada pukul 7.30 pagi, 31 Mei lalu.

Artikel Lain