suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas 11 hari, operasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala kecil

Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman yang bermula pada pukul 2 pagi, 23 Mei lalu.

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, diteruskan dalam skala kecil bermula Khamis, selepas 11 hari pencarian dijalankan. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, keputusan dibuat dalam Mesyuarat Penyelarasan SAR yang dipengerusikan Pegawai Daerah Batang Padang, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada Rabu.

Ujarnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengetuai operasi dengan penglibatan yang lebih terhad, mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi kes orang hilang.

Katanya, operasi SAR dilancarkan pada 24 Mei lalu selepas polis menerima laporan mengenai dua pendaki yang mengalami kecederaan ketika mendaki Gunung Batu Putih.

Susulan itu, sebuah Pos Kawalan Hadapan (PKH) ditubuhkan di Batu 7, Kuala Woh bagi menyelaras gerakan mencari dan menyelamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ini punca pendaki sesat makin ‘hanyut’ dalam hutan, abai peraturan penting 10 minit pertama

"Seorang mangsa iaitu lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an berjaya ditemukan dan diselamatkan pada 25 Mei sebelum dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

"Bagaimanapun, seorang lagi mangsa, Jaslinda Saludin, 49, masih hilang walaupun operasi pencarian secara besar-besaran dijalankan sepanjang 11 hari lalu," katanya.

Abdul Malik berkata, operasi berkenaan membabitkan pelbagai agensi kerajaan, jabatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan serta penduduk setempat.

Menurutnya, seramai 116 anggota telah digerakkan sepanjang misi pencarian tersebut.

Tambahnya, kira-kira 95 peratus kawasan pendakian Gunung Batu Putih sudah diperiksa menggunakan pelbagai kaedah pencarian, namun mangsa masih belum dijumpai.

Walaupun operasi SAR kini diteruskan dengan skala kecil, beliau berkata polis akan terus memantau perkembangan semasa dan meneruskan siasatan berhubung kehilangan wanita itu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di talian 05-401 5222.

Untuk rekod, Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman yang bermula pada pukul 2 pagi, 23 Mei lalu bersama 13 individu lain serta dua malim gunung.

Ekspedisi itu melalui laluan Pos Gedung–Gunung Bah Gading–Gunung Batu Putih–Kuala Woh.

Jaslinda kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada pukul 7.30 pagi, 31 Mei lalu.

Artikel Lain