suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yus May berlapang dada lupakan sengketa lama, sedia bekerjasama semula dengan Muss

PEMAIN gitar May iaitu Yus terbuka untuk kembali bekerjasama dengan mana-mana bekas anggota kumpulan itu termasuk penyanyi Muss.

Enggan sengketa berlarutan, Yus, 63, memilih untuk melupakan segala salah faham yang pernah berlaku antara mereka suatu ketika dahulu.

Katanya, pada usia sekarang ini dia lebih menghargai hubungan baik dan tidak mahu terus dibelenggu kisah lama yang boleh menjejaskan silaturahim.

“Kalau ada peluang untuk bekerjasama semula sebab dalam industri ini pusing-pusing nanti akan jumpa juga, saya tiada masalah bekerjasama dengan sesiapa saja termasuk dengan Muss.

“Saya kalau boleh tak mahu ada masalah lama-lama, dulu pernah berkawan dan berjuang sama-sama jadi buat masa sekarang ini lagi selesa berlapang dada.

“Tiada apa yang terbuku dihati sebab isu pun sudah lama jadi tak seronok bila masalah terlalu lama ni,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi