Ada segelintir individu yang tidak mempunyai 'common sense' apabila sewenang-wenangnya menyentuh bayi orang lain tanpa kebenaran. -Gambar hiasan AI
SETIAP ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam menjaga dan merawat anak, lebih-lebih lagi apabila melibatkan bayi yang masih terlalu kecil dan sensitif.Namun bagi seorang wanita, tindakan seorang ahli keluarga yang didakwa sewenang-wenangnya meletakkan ubat pada bayinya tanpa kebenaran menjadi pengalaman yang sukar dilupakan. Menurut wanita itu, ibu saudaranya bertindak menyapu krim gamat pada mata anaknya yang baru berusia dua bulan, meskipun dia tidak pernah meminta sebarang bantuan atau rawatan untuk masalah tersebut."Mata anak aku memang bertahi tapi sebelah mata je dan tak teruk pun. Aku lap, tapi tak setiap masa sebab takut melecet mata dia," luahnya dalam satu perkongsian di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita resah ibu mentua suap anak umur setahun minum air isotonik, konon boleh sejukkan badan… Suami pun ikut tanpa fikir panjang!ARTIKEL BERKAITAN: Bayi baru lahir terus disuap makanan, ibu jamu bubur pisang... Ramai bimbang kesihatan anak masih dalam bedung terancam!Berkongsi lanjut, wanita itu berkata kejadian tersebut berlaku ketika dia pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri keluarga.Ketika itu, dia sedang menyusukan anak sebelum ibu saudaranya masuk ke dalam bilik untuk menyusukan anak kecilnya."Then dia tanya kenapa mata anak aku. Aku pun explainlah," katanya.Ibu bapa sewajarnya mendapatkan nasihat doktor sekiranya bayi menghadapi masalah kesihatan, dan bukan bergantung kepada petua tradisional. -Gambar hiasan AIBagaimanapun, wanita itu keluar dari bilik seketika dan meminta adiknya untuk memantau bayinya.Tidak lama kemudian, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh adiknya bahawa ibu saudara mereka menyapu krim gamat pada mata anaknya tanpa pengetahuan atau keizinannya."Aku terkejut tau. Cepat-cepat aku lap mata anak aku tu. Petang tu juga mata anak aku dah start merah-merah dan mula nak bengkak," dakwanya.Lebih mengecewakan, wanita itu mendakwa ibu saudaranya langsung tidak menunjukkan rasa bersalah selepas ditegur mengenai perkara tersebut."Aku sound dia. Dia buat muka tahi dia adalah. Bukannya rasa serba salah pun."Sumpah sampai mati aku takkan maafkan makcik yang pergi sapu krim gamat dekat mata anak aku. Anak aku baru dua bulan tau," tulisnya lagi.Seorang wanita gram dengan ibua saudara kerana pandai-pandai sapu krim pada mata bayinya.Mata bayinya yang berusia dua bulan alami jangkitan dan bertahi.Ketika dia keluar sebentar selepas menyusukan bayi, ibu saudaranya sapu krim gamat tanpa minta izin.Akibatnya, mata bayinya merah dan bengkak.Wanita itu tegur ibu saudaranya namun langsung tak minta maaf malah memberikan reaksi tanpa serba-salah.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan ibu saudara wanita berkenaan yang dianggap melampaui batas.Malah ada yang berpendapat sebarang ubat, krim atau produk tidak sepatutnya digunakan pada bayi tanpa mendapatkan keizinan ibu bapanya terlebih dahulu.Memetik perkongsian seorang doktor, Dr Zubaidi Ahmad, bayi berumur bawah satu tahun boleh berisiko terkena penyakit mata, terutamanya jika mereka terdedah kepada seseorang yang mengalami jangkitan mata. Beberapa langkah kebersihan disarankan untuk melindungi bayi seperti elakkan berkongsi barangan peribadi dan memastikan kebersihan tangan sebelum menyentuh mata bayi.Ujarnya, doktor lazimnya memberikan ubat berdasarkan punca jangkitan seperti krim mata antibiotik atau ubat titis antibiotik, selain melarang ibu bapa menggunakan ubat tanpa nasihat doktor.