suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita terduduk emas RM100,000 hilang di rumah mentua! Makin sedih terpaksa tarik balik ‘report’ sebab suami tersepit

Barang kemas merupakan aset mudah cair yang menarik minat penjenayah. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa luluh dan teraniaya apabila niat murninya untuk pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di rumah mentua bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri, selepas dia kehilangan koleksi barang kemas bernilai kira-kira RM100,000.

Berkongsi cerita tentang detik hitam itu, wanita ini memberitahu kejadian dipercayai berlaku ketika dia dan suami keluar sebentar meninggalkan kediaman tersebut dalam tempoh yang sangat singkat.

"Balik kampung untuk beraya rumah mentua. Pada suatu malam tu sekitar pukul 11, kami keluar sekejap dan balik pukul 12 tengah malam.

"Masuk bilik nak simpan rantai tangan. Kemudian apabila tengok dalam beg, satu kotak besar (barang kemas) hilang... anggaran RM100,000," luahnya di Thread.

Pasangan suami isteri perlu sentiasa berbincang dan mencapai kata sepakat dalam apa jua masalah yang berlaku. -Gambar hiasan AI

Pasangan suami isteri perlu sentiasa berbincang dan mencapai kata sepakat dalam apa jua masalah yang berlaku. -Gambar hiasan AI

Enggan berdiam diri dengan kerugian besar itu, dia nekad membuat laporan polis dengan harapan ada sinar untuk 'mengembalikan' semula barang kemasnya yang telah lenyap.

Namun malangnya, tindakan tersebut rupa-rupanya menjadi permulaan kepada konflik yang lebih besar apabila adik-adik iparnya ditahan reman selama empat hari meskipun tiada tuduhan dibuat terhadap mereka.

Lebih menambah rasa terkilan apabila situasi yang berlaku menjadi punca perbalahan antara suaminya dan adik-beradik yang lain termasuk mentua.

Malah yang paling menyedihkan, wanita ini mengakui dia kini dilayan tak ubah seperti seorang penjenayah oleh keluarga mentua hanya disebabkan mahu menuntut keadilan atas kehilangan yang berlaku.

  • Wanita dakwa barang kemas RM100,000 hilang ketika beraya.
  • Barang kemas dikumpul hasil simpanan hampir 10 tahun.
  • Buat laporan polis, adik ipar direman empat hari.
  • Hubungan dengan keluarga mentua jadi tegang.
  • Netizen nasihat jangan tarik balik laporan polis.

"Sekarang ni dah bergaduh dengan semua adik-beradik suami dan mentua. Kalau tak report, barang kemas yang hilang ni terlalu banyak... hampir 10 tahun aku simpan nak dapatkan banyak macam tu sebab kita bukanlah orang yang senang," luahnya sayu.

Lebih menambah rasa terkilan apabila ibu mentuanya meminta laporan polis ditarik balik bagi membolehkan adik-adik iparnya dibebaskan.

"Suami aku dah tersepit antara isteri dan keluarga dia. Jadi aku terpaksa tarik balik laporan polis dan berharap Allah gantikan dengan rezeki yang lebih banyak," tambahnya sambil menyatakan barang kemas tersebut adalah aset yang akan dilaburkan untuk membina rumah pada Januari tahun hadapan.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang rasa simpati netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu nazak di wad, adik beradik sibuk geledah satu rumah! Semua barang kemas lesap, seorang pun tak mengaku ambil

ARTIKEL BERKAITAN: Macam ahli nujum! Wanita ini mampu ‘tengok’ barang hilang, guna WhatsApp je boleh jumpa gelang emas

Malah, ramai netizen yang menasihatinya supaya tidak menarik balik laporan polis berkenaan memandangkan 'nasi sudah menjadi bubur' dan hubungan kekeluargaan mereka sudah pun retak.

"Maaf cakap, kalau awak tarik balik report pun tak guna, hubungan kekeluargaan tak akan sama.

"Lepas keluar lokap nanti tengoklah barang mewah apa yang dibelinya.

"Stay strong sis, baca Yasin sebanyak mampu dan niatkan supaya dapat balik barang kemas yang hilang tu.

"Faham sangat perasaan orang yang hilang emas ni, saya pun pernah merasa," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain