TUGAS mendidik anak-anak sebenarnya bukanlah terletak di bahu guru semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama dan komitmen tinggi daripada ibu bapa demi memastikan perkembangan akademik berjalan dengan baik.Menerusi satu luahan di Thread, seorang guru tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa apabila teguran ikhlas yang diberikan kepada muridnya mengenai tugasan sekolah mengundang reaksi kurang menyenangkan daripada ibu bapa. Bukan itu sahaja, dia pula 'diingatkan' mengenai sikap murid tersebut dan diminta supaya tidak bertegas dalam tugasan sekolah yang diberikan."Dah bagitahu dalam kelas supaya (anak murid) tanda siap-siap muka surat yang kena buat (tugasan).Tugasan guru semakin mencabar masa kini. -Gambar hiasan AI"Tapi ada mak ayah yang tiada adab, dahlah siap cakap... kalau anak buat kerja sekolah tu kira mujurlah," luahnya yang terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab ibu murid terbabit.Guru berkenaan turut mendedahkan bahawa murid tersebut sebenarnya berdepan masalah dalam pembelajaran apabila masih belum menguasai kemahiran asas membaca dan mengeja seperti rakan sebaya yang lain."Kalau anak sentiasa dapat markah 100 peratus dalam ujian tak apalah tak mahu buat kerja sekolah. Ini anak kau tu nak mengeja dan membaca pun tak lepas," tambahnya lagi.Guru kecewa ibu murid pertikai teguran kerja sekolah.Dakwa ibu minta jangan terlalu tegas terhadap anak.Murid terbabit masih lemah membaca dan mengeja.Guru turut dipaksa balas mesej ketika memandu jauh.Netizen sokong guru, minta ibu bapa terima teguran.Ringkasan ini dijana oleh AIKeadaan menjadi semakin menjengkelkan apabila ibu murid terbabit didakwa bersikap mementingkan diri dengan memaksa guru berkenaan membalas mesej pertanyaan dengan segera, tanpa mempedulikan situasinya pada waktu itu."Masa tu aku tengah penat memandu jauh, perjalanan dari Seremban (Negeri Sembilan) ke Kota Bharu (Kelantan), dia paksa reply tentang muka surat mana kerja sekolah anaknya," dedahnya lagi.Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ramai menyuarakan sokongan terhadap guru dan berpendapat ibu bapa perlu lebih terbuka menerima teguran demi kebaikan anak-anak.ARTIKEL BERKAITAN: Murid belajar menipu, reka cerita tuduh cikgu marah tanpa sebab... Lepas siasat rupanya bapa sendiri punca masalah!ARTIKEL BERKAITAN: “Salah ke nak memanusiakan murid?” - Cikgu makin tersepit, mak ayah lapor ke SISPAA gara-gara sindir anak bermasalah"Dia ingat 'mujur' tu dapat dekat cikgu ke? Dia tak tahu yang cikgu tak ada kaitan dengan budak tu lepas tamat sekolah tapi dialah yang kena mengasuh sampai tua."Mak saya suruh pantau adik saya dalam group sekolah. Saya cakap no, yang pergi sekolah adalah dia, kenapa saya nak kena suap dia? Kenapa perlu ingatkan tentang homework, dah sekolah menengah kut, jangan nak manja sangat. Mak saya diam."Sebab itulah WhatsApp ibu bapa dan guru tidak perlu wujud, anak-anak tak ada tanggungjawab langsung," demikian reaksi netizen.