suria

Murid belajar menipu, reka cerita tuduh cikgu marah tanpa sebab... Lepas siasat rupanya bapa sendiri punca masalah!

Ada murid yang perlu dipujuk kerana enggan ke sekolah. -Gambar hiasan AI

SEORANG guru wanita berkongsi pengalaman 'diserang' ibu bapa murid selepas anak mereka enggan ke sekolah.

Menurut guru berkenaan, pada hari kejadian ibu bapa murid terbabit datang ke sekolah dalam keadaan marah dan menuduhnya sebagai punca.

Dakwa ibu bapa berkenaan, dia dituduh membawa masalah peribadi ke tempat kerja sehingga menyebabkan anak mereka menangis dan enggan ke sekolah.

Tugas guru kian mencabar dalam mendidik anak bangsa. -Gambar hiasanTugas guru kian mencabar dalam mendidik anak bangsa. -Gambar hiasan

Parent serang saya di sekolah, katanya jangan bawa masalah dari rumah ke sekolah hingga anaknya kena marah.

"Padahal nak kata saya jentik anak dia pun tak pernah,” luahnya di media sosial.

Namun pada hari yang sama, guru tersebut mengambil pendekatan untuk berbual secara peribadi dengan murid tersebut bagi mengetahui punca sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pagi-pagi dah 'belanja' lekuk! Geng ibu disaran pakai sopan, jaga air muka anak di sekolah... Ramai kena ejek di kelas

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun kaunselor sekolah jadi ‘kambing hitam’, dipaksa ajar subjek akademik... Jadi cikgu PJ pun pernah!

Tanpa pengetahuan murid itu, guru terbabit merakam perbualan mereka sebagai bukti untuk diserahkan kepada ibu bapanya.

Hasil perbualan itu mendedahkan murid tersebut sebenarnya sedih dan kecewa kerana ayahnya memungkiri janji untuk menjemputnya pulang awal.

“Anak itu takut nak jujur sebab ayahnya garang, jadi dia pilih untuk menipu.

"Apabila saya hantar rakaman itu kepada ibu bapanya dan nasihatkan anak tersebut, keesokan harinya dia datang ke sekolah dengan ceria sebab ayahnya ambil awal," katanya.

Anak mudah berkecil hati apabila dimarahi ibu bapa. -Gambar hiasanAnak mudah berkecil hati apabila dimarahi ibu bapa. -Gambar hiasan

Kata guru terbabit lagi, peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk emosi dan kejujuran anak-anak.

“Kalau dah berjanji, tolong tepati. Kalau tak dapat, jelaskan dengan baik supaya anak faham. Apabila ibu bapa menipu, anak pun akan belajar untuk menipu. 

"Apabila ibu bapa terlalu garang, anak pula jadi takut untuk meluahkan,” katanya.

  • Guru diserang ibu bapa selepas anak enggan ke sekolah.
  • Guru rakam perbualan murid untuk cari punca sebenar.
  • Anak rupanya kecewa ayah sering mungkir janji jemput awal.
  • Selepas rakaman dikongsi, anak kembali ceria ke sekolah.
  • Guru nasihat ibu bapa agar jujur dan tepati janji dengan anak.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai warga maya yang bersimpati dengan guru tersebut, selain mengingatkan para ibu bapa agar tidak mudah menuding jari kepada pendidik jika berlaku sesuatu masalah.

"Dunia sekarang sangat mencabar. Dulu kerjaya guru dihormati semua pihak, sekarang maruah guru diletakkan di bawah tapak kaki.

"Anak saya pernah buat perangai kat sekolah. Saya WhatsApp beri izin ustaz bantai je anak saya asalkan jadi orang.

"Saya setuju dengan nasihat cikgu tu. Parent kalau dah berjanji sila tepati. Anak-anak ingat ya," kata warga maya.

 

 

 

Artikel Lain