SEORANG lelaki meluahkan rasa kecewa selepas anak-anak rakan dan saudara mara yang datang ke rumahnya berkelakuan luar kawalan sehingga merosakkan perabot.
Menurut lelaki itu, sebagai bapa dia kerap menegur anaknya agar tidak mengusik apa-apa barangan jika berkunjung ke kediaman orang lain.
Namun, apabila rakan atau saudara yang datang ke rumahnnya mereka langsung tidak menegur anak masing-masing yang bertindak di luar kawalan.
Ibu bapa seharusnya memantau pergerakan anak-anak ketika berkunjung ke rumah rakan atau saudara mara. -Gambar hiasan AI
“Saya ajar anak saya supaya behave tiap kali datang rumah orang. Jangan lari sana sini. Jangan usik barang orang. Makan jangan sepah-sepah.
“Datang anak orang lain kat rumah saya habis macam ribut siap ketuk TV guna kayu.
"Kadang saya marah, suruh berhenti, tapi parents dia cuma cakap, biar la budak-budak nak main sambil gelak. Ini rumah saya kot," kongsinya di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu kenduri geram sikap tak peduli mak ayah, biar anak makan bersepah dalam dewan kahwin - “Kau tinggal ‘tahi’ macam tu je!”
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Malam berinai bertukar kecoh... Tetamu mengadu sakit, tiba-tiba bersalin di rumah pengantin!
Lelaki itu berkata dia berasa tidak dihormati apabila ada tetamu yang seolah-olah menganggap rumah orang lain sebagai tempat yang boleh diperlakukan sesuka hati.
"Bila dah terbiasa rumah sendiri pecah sana sini, conteng kat dinding, dia ingat rumah orang lain pun macam tu juga," katanya kecewa.
- Seorang bapa kecewa anak tetamu berkelakuan kasar dan rosakkan perabot rumahnya.
- Dia ajar anaknya supaya beradab bila ke rumah orang.
- Ibu bapa tetamu pula tidak menegur anak, malah hanya ketawa.
- Lelaki itu pernah hukum anaknya gosok dinding empat jam sebagai pengajaran.
- Netizen setuju adab dan disiplin perlu diterapkan sejak kecil.
Dia menengaskan sebagai ibu bapa mendidik anak adalah perkara penting bagi memastikan golongan itu tidak mengulangi kesalahan sama tidak kira sama ada di rumah sendiri atau rumah orang lain.
“Anak saya sendiri pernah conteng. Saya suruh mereka gosok dinding tu empat jam dan sampai sekarang tak buat perangai tu lagi,” katanya.
Reaksi netizen.
Netizen yang membaca perkongsian itu bersetuju dengan pandangannya bahawa didikan ibu bapa di rumah sangat penting.
"Bukan nak jadi terpaling parents tapi dari kecil la kita kena ajar mereka tentang adab. Lagi-lagi kat rumah orang.
"Aku sebagai parents takut nak bawak anak pergi rumah orang, kalau boleh nak cepat je balik risau dia usik barang-barang.
"Yang datang rumah saya semua memang saya anggap macam anak saya sendiri. Jadinya saya akan marah macam anak saya sendiri," katanya.


