suria

Seharian mak menangis, terkejut RM100,000 lesap daripada akaun bank ayah! Hanya sedar ketika nak ‘withdraw’ duit di ATM

Sindiket penipuan atas talian sering menyasarkan golongan pesara dan warga emas. -Gambar hiasan

PESARA kerajaan dan warga emas sering menjadi sasaran utama sindiket penipuan (scammer) atas talian.

Begitulah yang dialami bapa kepada seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM100,000.

Lebih menyedihkan apabila pihak bank tidak dapat mengesan nombor akaun 'pihak ketiga' yang digunakan scammer berkenaan.

Pautan aplikasi sering menjadi punca kehilangan duit dalam bank. -Gambar hiasan

Pautan aplikasi sering menjadi punca kehilangan duit dalam bank. -Gambar hiasan

Berkongsi cerita, ujarnya, situasi yang berlaku itu membuatkan ibunya menangis meratapi wang simpanan untuk hari tua mereka.

"Seharian mak aku menangis sebab itulah duit yang ada untuk hari tua.

"Kalau bank pun tak selamat, jadi nak simpan duit dekat mana?" ajunya yang turut menyaksikan kesedihan kedua-dua orang tuanya.

ARTIKEL BERKAITAN: RM10,000 dalam ASB lesap, anak remaja senyap-senyap berjoli macam orang kaya! Hati ibu remuk lepas semak penyata akaun

ARTIKEL BERKAITAN: ID disalah guna songlap RM500,000 duit syarikat, wanita sumpah bekas bos hidup susah selamanya - "Ya, aku bodoh percayakan dia"

Tambah pengadu, aduan telah dibuat di Bank Negara Malaysia dan juga polis.

Dalam hantaran berasingan di Thread, dia menyatakan kejadian berlaku pada Selasa.

Namun pihak berwajib memerlukan masa untuk melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes yang berlaku.

  • Pesara kerajaan rugi RM100,000 selepas jadi mangsa scammer atas talian.
  • Bank gagal kesan akaun pihak ketiga yang digunakan dalam penipuan tersebut.
  • Ibu mangsa menangis kerana wang simpanan hari tua lesap begitu sahaja.
  • Tiada panggilan, TAC, pautan atau notifikasi diterima sebelum wang hilang.
  • Netizen simpati, ada yang persoal kenapa pihak bank tidak bantu mangsa.

"Sebab itu ayah saya putuskan untuk menunggu," tambahnya sambil menyatakan 'kehilangan' berlaku dalam tempoh satu bulan.

Pada masa sama dia turut melakukan pemeriksaan dan semakan dengan ayahnya sama ada pernah menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali mahupun permintaan TAC (Transaction Authorization Code) atau kod pengesahan unik.

Namun ayahnya menafikan perkara tersebut.

Warga maya berharap pihak perbankan bertanggungjawab dalam kehilangan duit berkenaan.

Warga maya berharap pihak perbankan bertanggungjawab dalam kehilangan duit berkenaan.

"Saya sudah semak dengan ayah... tiada panggilan daripada nombor tidak dikenali mahupun permintaan untuk nombor TAC atau apa-apa pautan dihantar kepada dia.

"Ayah juga tidak menggunakan aplikasi perbankan dalam talian dan tiada sebarang notifikasi daripada pihak bank.

"Dia sedar duit tak ada selepas pergi ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang dan tiba-tiba baki akaun tidak mencukupi," jelasnya lagi.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya meluahkan rasa simpati.

Tidak kurang juga yang menyalahkan institusi perbankan kerana enggan membantu mangsa scammer dengan memberikan butiran akaun terlibat.

 

 

Artikel Lain