STRES di pejabat bukan berpunca daripada bebanan tugas semata-mata sebaliknya disebabkan faktor persekitaran dan sikap rakan sekerja yang menjengkelkan.
Berdepan situasi sama setiap hari, seorang wanita meluahkan rasa tidak selesa apabila sering diganggu lelaki bergelar suami orang di pejabatnya.
"Dia selalu minta makanan apa yang kita tengah makan, tak kisahlah walaupun sekecil coklat.

Hubungan rakan sepejabat perlu ada batas dan sempadan. -Gambar hiasan AI
"Meminta dengan cara perli dulu kemudian baru cakap nak sikit.
"Terkini, aku tengah sarapan sepotong kek, dia minta juga padahal dah bekas mulut aku," luahnya dalam nada geram di Thread.
Lebih menjengkelkan, lelaki itu juga pernah meminta nasi lemak lebih daripada yang telah ditetapkannya untuk rakan-rakan pejabat.
ARTIKEL BERKAITAN: “Luaran Muslimah, dalaman macam sundal!” - Ramai meluat tengok perangai makcik pejabat ‘flex’ diusik staf ‘pucuk muda’
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tutup mulut budak tu” - Individu dedah perbuatan terkutuk senior di sekolah, guna populariti ‘makan’ adik angkat
"Aku pernah bagi nasi lemak seorang satu, tiba-tiba dia cakap 'eh kalau nak bagi, kat saya kenalah dua... satu mana cukup.'
"Kalau dia dengar bunyi saya koyak plastik, terus dia cakap ‘takkan makan sorang kot’.
- Wanita stres rakan sekerja suka minta makanan.
- Lelaki bergelar suami orang, siap perli dulu.
- Pernah minta dua bungkus nasi lemak.
- Disifatkan perangai macam budak sekolah.
- Netizen anggap gangguan, suruh lapor HR.
"Sedangkan dia sendiri tak pernah pun belanja orang," luahnya sambil menyifatkan perangai lelaki itu sebagai kebudak-budakan.
Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya beranggapan ia adalah satu bentuk gangguan seksual di tempat kerja.
"Itu dah dikira gangguan seksual… beritahu dia yang kamu tak selesa dengan kelakuannya, atau terus lapor kepada pihak HR (sumber manusia).

Ramai netizen menasihatinya supaya melaporkan salah laku individu terbabit kepada HR.
"Aku ikhlas bagi kalau orang tak minta tapi bukan hari-hari la, kalau minta memang tak akan bagi.
"Dia 'cuba', kalau awak sudi berskandal dengan dia.
"Ada nombor isteri dia tak? Rakam dan cakap 'tolong sediakan bekal untuk suami awak ni, hari-hari minta makanan saya'," demikian antara reaksi netizen.


