SIKAP dan tingkah laku segelintir wanita hamil yang tanpa rasa malu meminta sumbangan derma demi memenuhi keinginan sendiri, mengundang pelbagai reaksi netizen.
Justeru salah seorang pelayar Thread secara lantang meluahkan rasa kurang senang dengan sikap tersebut yang dianggapnya cuba mengambil kesempatan.
"Adakah situasi kehamilan dah jadi lesen untuk mengemis di Threads? Kerap jumpa.

Kebanyakan wanita hamil mudah merasa penat ketika melakukan kerja. -Gambar hiasan
"Mengidam itu ini, awak tu hamil buatan suami sendiri tapi kenapa sampai nak menagih simpati rakyat jelata dan bukan dari pembuat (suami) tu?" ajunya inginkan kepastian.
Baginya, mereka yang tidak berkemampuan untuk memenuhi rasa mengidam sepatutnya bersabar dan tidak menjadikan bayi sebagai alasan 'meminta-minta'.
Malah tegasnya, situasi anak meleleh air liur kerana keinginan ibu ketika hamil tidak dipenuhi adalah mitos.
ARTIKEL BERKAITAN: “Bagi seorang seringgit guys” - Pengguna Facebook hilang rasa malu, mengemis derma orang ramai nak bayar hutang RM4,700
ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal baik hati bagi pinjam duit, kawan tunjuk ‘lifestyle’ mewah liat bayar hutang - “Saya pula kena mengemis”
"Kalau suami tak mampu, buatlah tak mampu. Seganlah meminta macam tu.
"Kalau tak dapat, sabarlah belum rezeki lagi. Anak menjejeh air liur tu memang normal milestone dia," tambahnya.
Menurut wanita ini, situasi lebih menjengkelkan apabila terdapat individu hamil yang menjaja cerita sedih seperti kehabisan gas dan minyak kenderaan demi mendapat simpati ramai.
- Netizen tegur wanita hamil kerap minta derma di Threads.
- Anggap kehamilan bukan lesen mengemis simpati.
- Pesan sabar jika suami tak mampu penuhi keinginan.
- Sindir yang sambut hari lahir suami tapi minta bantuan.
- Tegas teguran bukan untuk ibu tunggal yang benar-benar susah.
Namun hakikatnya, mereka sedang menjalani kehidupan normal dan mampu mengadakan sambutan hari lahir.
"Ada yang guna alasan hamil untuk minta bantuan lauk basah, gas habis dan minyak kereta tak ada.
"Kita faham awak tak boleh kerja sebab penat, tapi suami mana? Itu nafkah wajib.

Netizen turut bersetuju dan berkongsi pengalaman sama.
"Apabila scroll media sosial, ada pula post terkini baru lepas sambut hari lahir suami," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, wanita berkenaan menyatakan hantaran yang dibuatnya ditujukan kepada wanita hamil dan bukanlah golongan ibu tunggal.
"Tapi kita tak geram pun pada ibu tunggal atau wanita yang memerlukan sebab suami sakit. Itu kita faham sangat.
"Untuk semua ibu yang struggle tapi kekal bermaruah dan bersabar, moga ada rezeki untuk anda semua," ujarnya.


