MEMILIKI majikan yang memahami dan bertimbang rasa merupakan impian kebanyakan pekerja.
Susulan itu, seorang lelaki meluahkan kehairanan apabila masih terdapat pekerja yang tidak tahu bersyukur.
Berkongsi cerita, ujar individu dikenali sebagai Syameer itu berkata, dia memberi kelonggaran kepada pekerjanya untuk membawa bayi semasa bekerja kerana memahami masalah yang dialami.

Tempat kerja yang toksik boleh mengakibatkan seseorang pekerja hilang motivasi. -Gambar hiasan
Namun malangnya, pekerja terbabit tetap ponteng dan memberi alasan tidak mempunyai pengasuh.
"Dah bagi kelonggaran bawa baby semasa kerja, sebab kita pun faham.
ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ada pekerja tak kisah gaji rendah... Syukur dapat bos baik, kawan ofis bukan jenis toksik!
ARTIKEL BERKAITAN: Anak sakit, wanita terkejut sikap prihatin bos! Minta nak EL, lain pula diberi
"Tengok-tengok tak muncul. Alasan, susah cari pengasuh, pengasuh mahal, tak ada peneman semasa kerja dan macam-macam lagi," ujarnya di Thread.
Seolah-olah geram dengan situasi yang berlaku, dia yang membuka kedai servis komputer di Johor turut mempersoalkan adakah majikan perlu menyelesaikan masalah pekerja.
- Lelaki hairan ada pekerja tak bersyukur walau diberi izin bawa bayi ke tempat kerja.
- Pekerja tetap tak hadir dengan alasan tiada pengasuh dan kos tinggi.
- Majikan persoal sama ada perlu selesaikan masalah peribadi pekerja.
- Netizen anggap pekerja berkenaan tak tahu bersyukur dengan majikan baik.
- Ramai kongsi pengalaman bawa anak ke tempat kerja bila diberi kelonggaran.
Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-ratanya menyatakan individu tersebut tidak bersyukur selain turut berkongsi pengalaman membawa anak semasa bekerja.

Ramai berharap dapat majikan yang baik dan memahami.
"Satu dalam 10 bos bagi bawa anak ke tempat kerja, kenapalah tak bersyukur.
"Dulu semasa pengasuh ada hal dan minta cuti, saya terus minta izin bos untuk bawa anak masuk pejabat dan dia siap bagi guna tilam dalam almari untuk buat lapik.
"Kalau boleh bawa anak, memang aku kerja je. Apa nak jadi kau wahai manusia, majikan dah permudahkan urusan kau," demikian reaksi netizen.


