SEORANG pelayar Thread menarik perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman buruk ketika keluar berdua bersama kenalan lelaki.
Menurut wanita itu, pada mulanya mereka hanya berjanji untuk menonton wayang, namun lelaki berkenaan tiba-tiba berperangai pelik hingga membuatkan dia tidak selesa.
"Agak stres sebab dia clingy nak mampus! Lepas tu dia buat suara manja, meleweh... kau dah umur 35 tahun kot. Sebelum ni dia nampak elok, dalam telefon tak menggatal atau menakutkan.

Pertemuan di lokasi terbuka seperti restoran sebenarnya lebih selamat untuk wanita. -Gambar hiasan AI
"Tapi depan-depan, memang mengecewakan. Dia asyik sentuh muka dan bibir aku. Tak habis-habis suruh urut bahu dia. Buat suara manja tercekik halkum... bye bye la," tulisnya.
Wanita itu berkata, dia akhirnya terpaksa berpura-pura ke tandas sebelum mengambil keputusan untuk melarikan diri.
"Kali pertama keluar dengan lelaki, akhirnya aku balik sendiri dengan e-hailing. Aku cakap nak kena pergi tandas.
- Wanita kongsi pengalaman keluar bersama lelaki umur 35 tahun.
- Dia mendakwa lelaki itu menyentuh wajahnya ketika mereka menonton wayang.
- Dia juga mendakwa lelaki itu buat suara manja dan minta diurutkan bahunya.
- Wanita itu pura-pura ke tandas sebelum dia berlalu pergi meninggalkan lelaki tersebut.
"Padahal senyap-senyap aku tempah kereta. Kemudian dengan beraninya aku beritahu (mesej) yang aku dah balik rumah.
"Serius, dia clingy yang dibuat-buat. Macam acah merengek manja, merenyam yang nak perhatian. Masa dia mula pegang-pegang tu, saya dah faham dia nak 'sesuatu' daripada saya," kongsinya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Sehari lepas keluar ‘dating’ tengok wayang, teman lelaki hantar kod QR... Minta bayar balik duit tiket
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bawa famili nak elak maksiat keluar 'dating' berdua... Kekasih merungut habis beratus ringgit kena belanja makan, 'shopping'
Di ruangan komen, netizen memuji tindakan wanita berkenaan yang berani melarikan diri dan tidak membiarkan diri terus berada dalam situasi itu.
Malah, netizen turut menyelar sikap lelaki itu yang berani menyentuh anggota badan wanita tanpa kerelaan.

Wanita tidak sepatutnya tunduk kepada desakan lelaki gatal. -Gambar hiasan AI
"Baguslah awak tinggalkan dia masa tengah date. Harap awak jumpa orang lebih baik lepas ni.
"Umur 35 tahun tapi perangai macam ni? Ingat perempuan suka ke lelaki menggeletis macam tu?
"Gila ke sentuh-sentuh masa first date? Nampak gaya dia dah biasa buat macam tu," tulis netizen.


