SESETENGAH pasangan sememangnya mengamalkan konsep '50-50' atau dalam erti kata lain, membahagikan perbelanjaan secara sama rata supaya kedua-dua tidak berasa terbeban.
Namun berbeza pula dengan situasi dikongsikan seorang gadis ini apabila dia seolah-olah dipergunakan teman lelakinya apabila mereka keluar bersama.
"Hari tu pergi dating, waktu nak bayar tiba-tiba lelaki tu tanya saya... boleh ke nak pinjam you punya card bank? Bank I tiada duit, nanti I bayar balik.
Ketika bercinta, sesetengah pasangan sanggup berbelanja demi hubungan, namun malangnya ada yang dipergunakan tanpa sedar. -Gambar hiasan
"Hingga sekarang dia tak minta pun kod QR saya nak bayar balik, tapi kami berhubungan macam biasa. Saya bukan tak nak minta balik duit tu, tapi saya tunggu sebab dia janji nak bayar balik.
"Kemudian selepas tu, dia tiba-tiba hantar kod QR dia. Dia kata... boleh ke you bayar balik duit wayang semalam? Saya pun transfer tapi dia tak minta QR saya pun," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Insaf bercinta dengan lelaki ‘red flag’, wanita ini bongkar kisah di Cameron Highlands... RM200 melayang di kedai nasi lemak!
ARTIKEL BERKAITAN: Belum kahwin dah ‘red flag’! Calon suami nak beri hantaran rendah, minta jangan berhenti kerja lepas beranak
Bukan mahu mengungkit, namun tambah gadis itu, dia menanggung pelbagai kos seperti bahan api, tol dan tempat letak kereta sepanjang pertemuan mereka.
Bagaimanapun ujarnya, dia enggan membangkitkan perkara tersebut kerana bimbang akan dianggap berkira oleh teman lelakinya.
Seorang gadis rasa dipergunakan kerana teman lelakinya meminjam duit dan tidak membayarnya kembali.
Apa yang mengejutkan, teman lelakinya tanpa segan silu mengungkit wangnya yang pernah dibelanjakan ketika keluar 'dating'.
Gadis tersebut mendedahkan dia menanggung kos bahan api, tol, dan tempat letak kereta sepanjang pertemuan.
Dia enggan mengungkit kerana takut dianggap berkira.
Netizen nasihatkan gadis itu nilai semula hubungan kerana sikap teman lelakinya tidak adil dan tak bertanggungjawab.
"Kalau anda dekat tempat saya, rasa macam mana? Atau rasa okey je tu kongsi 50-50.
"Kalau dating naik kereta lelaki pun, anda akan minta bayar minyak ke sebab dah jemput dan keluar?" tulisnya lagi sambil menambah, dia dan teman lelakinya merupakan penuntut dan belum bekerja.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi yang bercampur mengenai situasi tersebut.
Ada yang bersimpati dengan gadis itu dan menganggap sikap teman lelakinya tidak adil, malah menasihatinya supaya menilai semula hubungan itu sekiranya ketidakseimbangan dan sikap tidak bertanggungjawab berterusan.

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Hantar QR balik! Lepas tu senaraikan duit yang dipinjam, duit minyak, parking dan tol. Ingat dik, kalau dia berkira, kita kena 10 kali berkira!
"Kami pun pernah jadi student, tapi yang ni tolong bye bye siap-siap sis. Jangan buang masa, lari!
"Kenapa masih lagi berhubung dengan lelaki ni? Dia terperangkap dalam keadaan struggle nak hidup. Apa yang awak harapkan? Tinggalkan saja," demikian antara komen netizen.


