suria

Wanita kena tumbuk, ditendang tunang di perut! Keluarga bakal mentua anggap hal kecil - “Mak dia kata saya ‘over’ sampai lapor polis”

Mangsa pukul pasti akan berdepan masalah trauma berpanjangan. -Gambar hiasan

SEORANG wanita mengalami tekanan emosi dan trauma selepas menjadi mangsa keganasan tunangnya sendiri.

Lebih menyedihkan apabila majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung tidak lama lagi iaitu sekitar bulan Disember.

Dia yang buntu dengan situasi dialami cuba mendapatkan pandangan netizen di laman Thread.

Ikatan pertunangan dilakukan selepas pasangan mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga. -Gambar hiasan

Ikatan pertunangan dilakukan selepas pasangan mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga. -Gambar hiasan

Menerusi hantaran yang dibuat, wanita berkenaan mendakwa dia ditumbuk di muka dan ditendang di perut ketika bergaduh dengan tunangnya.

"Saya dengan tunang dah lima tahun bersama. Tapi dua hari lepas (Sabtu) kami bergaduh sampai dia tumbuk muka dan tendang perut saya.

"Saya rasa lost sangat sekarang ni. Dia cakap tak sengaja, tapi hati saya hancur," ujarnya berkongsi situasi dialami.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis tak puas bergaul dengan BFF lelaki akhirnya ‘dibuang’ tunang! Galak keluar berdua tonton ‘Blood Brothers’

ARTIKEL BERKAITAN: Nak guna Proton Wira selamanya, mahu bertunang tanpa beri cincin... Wanita tinggalkan kekasih kedekut!

Dia yang bimbang perkara tidak diingini berlaku kemudiannya membuat laporan polis.

Namun malangnya, tiada seorang pun ahli keluarga tunangnya yang datang bertanya khabar.

"Saya ada buat laporan polis, tapi tiada seorang pun ahli keluarga dia WhatsApp cakap maaf atau tanya khabar kecuali kakak ipar dia.

  • Wanita alami tekanan emosi selepas ditumbuk dan ditendang tunang.
  • Majlis kahwin dijadual berlangsung kurang dua bulan lagi.
  • Tiada keluarga tunang yang bertanya khabar selepas kejadian.
  • Bakal ibu mentua anggap laporan polis sebagai tindakan ‘over’.
  • Netizen nasihat supaya putuskan pertunangan demi keselamatan diri.

"Malah lepas kejadian dia pukul saya, dia boleh tidur," ujarnya lagi.

Menurut pengadu, lebih menambah rasa pilu apabila bakal ibu mentuanya menyatakan tindakan membuat laporan polis adalah keterlaluan.

"Sekarang ni mak dia pula kata saya ni ‘over’ sebab buat laporan polis," luahnya sayu.

Warga maya memberi pandangan dan nasihat kepadanya.

Tambahnya, insiden yang berlaku membuatkan dia berasa kosong dan hilang arah.

"Rasa sedih, kosong, lost... macam mimpi semua ni sebab sebelum ni gaduh macam mana pun mesti akan selesai. Tapi sekarang, saya tak tahu boleh selesai lagi atau tak," ujarnya.

Hantaran tersebut mengundang reaksi bercampur daripada warga maya dengan kebanyakannya meminta dia memutuskan tali pertunangan.

"Kalau masih kahwin juga, awak akan menyesal seumur hidup.

"Seorang wanita boleh pilih pasangan hidup tapi bukan bapa kepada anak-anak mereka.

"Awak nak jadi macam saya ke? Kalau nak, teruskan perkahwinan dan jadi hamba serta punching bag," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain