suria

"Dah cuba elak, tetap mengandung" - Gadis 'iklankan' bayi lepas hamil luar nikah, insaf tapi enggan jaga

Anak luar nikah biasanya akan diserahkan kepada keluarga angkat selepas dilahirkan. -Gambar hiasan AI (kiri)

SEORANG gadis meraih perhatian ramai selepas mendedahkan dia kini sedang mengandung anak luar nikah.

Menerusi hantaran di Thread, dia turut bertanya sekiranya ada mana-mana pihak yang sudi mengambil bayinya sebagai anak angkat kelak.

"Saya buntu sangat sekarang ni. Ada sesiapa nak anak angkat? Saya buat silap. Saya dah taubat dan tinggalkan lelaki itu bulan lepas sebab memang nak berubah.

Pix of pregnant women. ....-- M. Azhar Arif/The Star 26 July 2015

Banyak persiapan perlu dilakukan untuk menyambut kelahiran bayi. -Gambar hiasan

"Saya baru tahu mengandung dan rasa bersalah sangat nak gugurkan. Saya dah cuba elak, tapi tetap mengandung," tulis gadis itu.

Menurutnya lagi, dia tidak menuntut sebarang bayaran jika ada yang mahu mengambil bayinya, namun meminta agar diberikan bantuan sementara menunggu masa untuk bersalin.

"Saya cuma minta tanggung bilik sewa beberapa bulan, yang paling murah pun tak apa. Tanggung juga consultation fee dan kos beranak. Hospital kerajaan pun tak apa.

  • Seorang gadis di Thread mengaku sedang hamil anak luar nikah.
  • Dia tidak mahu menggugurkan kandungan, tapi enggan membesarkan bayi itu atas beberapa faktor.
  • Dia bertanya sekiranya ada mana-mana pihak mahu mengambil bayinya sebagai anak angkat.
  • Beberapa pelayar Thread dilihat meninggalkan komen untuk berhubung dengan gadis itu.

"Saya tak boleh simpan bayi ini sebab keluarga konservatif dan saya pun ada masalah kewangan. Duit cukup-cukup makan je. Saya pun tak buat buku pink lagi.

"Boleh jumpa saya Khamis atau Jumaat ni, bawa saya pergi klinik untuk buka buku pink sekali," tulisnya sambil menambah dia kini menetap di Seri Kembangan, Selangor.

Di ruangan komen, kelihatan beberapa individu cuba menghubungi gadis itu untuk memberi bantuan sewajarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anak tak sah taraf dihalang kahwin! Mak ayah masih nak sorok rahsia terlanjur zaman muda

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia anak tak sah taraf terbongkar di pejabat kadi! Bapa akhirnya mengaku pernah terlanjur dengan ibu sebelum nikah

Netizen turut meninggalkan kata-kata semangat dan mendoakan segala urusan gadis itu dipermudahkan.

"Babe, saya nak tolong awak. Dekat grup anak angkat ramai yang nak. Tolong direct message (DM).

Newborn baby feet in bed close up. Happy Family concept. Beautiful conceptual image of Maternity. Useful as greeting card. Selective focus

Bayi luar nikah juga berhak mendapat kasih sayang dan membesar secara normal seperti orang lain. -Gambar hiasan

"DM saya dik, nak tahu detail. Kalau jadi, kita set jumpa senyap-senyap. Urusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) saya uruskan.

"Saya doakan yang terbaik untuk awak dan bayi. Terima kasih sebab tak gugurkan," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain