SEORANG wanita berkongsi kisah lucu mengenai ibu mentuanya yang disifatkan sebagai sangat 'sporting' dan berbeza daripada kebanyakan mentua lain.
Menurut wanita berkenaan, ibu mentua sering memberi komen mengenai cara pemakaiannya yang kini memilih untuk berpakaian lebih sopan dan longgar.
Katanya, walaupun dia kini berhijab dan mengenakan pakaian labuh, ibu mentua tetap berpandangan dia sesuai berpakaian seperti zaman awal perkahwinan dahulu.
Mendapat menantu yang baik amat melegakan hati seorang ibu. -Gambar hiasan AI
"Mentua aku ni melanggar hukum mak mentua. Aku datang ke rumah dia elok ja pakai baju labuh besar, bertudung.
"Dia cakap hang (kamu) kena pakai baju fit kecil macam dulu hang mula-mula kahwin. Pakai baju besar macam ni hang nampak gemuk.
"Mentua lain nak menantu bertutup elok, ayu. Mentua aku suruh aku macam mula kahwin freehair, pakai baju ketat," katanya yang terhibur dengan gelagat mentua.
ARTIKEL BERKAITAN:Sukar suaikan diri dengan kesederhanaan mentua, periuk nasi elektrik pun tak ada... Wanita letak syarat setiap kali balik kampung!
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri ikut perangai mentua, suka lena depan TV sampai Subuh... Langsung tak hirau hukum berpisah tempat tidur dengan suami!
Tambahnya lagi, ada kalanya wanita itu turut menggalakkan dia berpakaian lebih ranggi.
“Pernah dia datang rumah ajak keluar beli barang dapur. Aku kata nak tukar baju sebab pakai sleeveless dress.
"Tapi dia boleh jawab, tak payah tukar la, pakai macam ni ranggi sikit,” katanya.
- Seorang wanita kongsi kisah lucu ibu mentua yang disifatkan sebagai paling ‘sporting’ kerana suka lihat dia berpakaian ketat dan bergaya ranggi.
- Menurutnya, walaupun kini berhijab dan berpakaian sopan, ibu mentua sering bergurau supaya dia berpakaian seperti zaman awal perkahwinan ketika masih 'freehair'.
- Wanita itu turut cerita ibu mentua pernah larang tukar baju sleeveless, dengan alasan mahu dia kelihatan ranggi.
- Walaupun bergurau begitu, wanita itu anggap ibu mentuanya seorang yang baik, penyayang dan sentiasa puji menantu di hadapan rakan-rakan.
- Perkongsian tersebut mencuit hati netizen yang menganggap ibu mentuanya sebagai ‘rare’ dan mencerminkan hubungan rapat serta harmoni antara mereka.
Wanita itu menganggap ibu mentuanya sebagai seorang yang baik dan penyayang serta kerap memujinya di hadapan kawan-kawan.
“Kalau jumpa kawan-kawan dia, berbakul-bakul dia puji katanya aku menantu rajin, menantu baik,” katanya.
Reaksi warga maya.
Perkongsian itu mencuit hati ramai netizen yang menganggap ibu mentuanya unik dan wajar menjadi contoh mentua idaman kerana bersikap terbuka dengan menantu.
"Mak mentua aku pula siap suruh pakai tudung labuh, stokin, handsock. Mentua awak memang 'rare' la.
"Mesti syok kan dapat mak mentua macam tu.
"Bestnya. Kalau saya rambut warna sikit habis dicanangnya kat orang rambut menantu karat la apa la adeh," katanya.


