SEORANG doktor wanita berkongsi pengalaman tidak menyenangkan apabila diganggu secara seksual oleh pesakit lelaki ketika bertugas di sebuah klinik.
Menurutnya, lelaki berusia lingkungan 40-an itu terlebih dahulu menghubungi klinik untuk bertanya sama ada doktor bertugas pada hari tersebut ialah lelaki atau perempuan.
Setelah dimaklumkan bahawa doktor bertugas ialah wanita, pesakit berkenaan hadir kira-kira 30 minit kemudian.
Pemeriksaan berkala perkara biasa bagi pesakit yang menerima rawatan. -Gambar hiasan AI
“Dia mengadu gatal di bahagian peha (groin area). Saya bersetuju untuk memeriksa dengan ditemani seorang pembantu klinik (CA).
"Pesakit itu hanya perlu membuka sedikit seluar dalam untuk menunjukkan kawasan peha, namun tiba-tiba dia berkata mahu membuka seluar sepenuhnya,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Nama ‘dipetik’ dalam surat layang dakwaan gila seks, doktor lelaki HRPB buat laporan polis
ARTIKEL BERKAITAN: Tanya perihal dalaman wanita di ruang komen, minta kongsi pengalaman... Ramai lelaki gila seks guna cara ini!
Menurut doktor itu, ketika pesakit menurunkan seluar dalamnya, dia dan pembantu klinik sempat terlihat sesuatu yang tidak sepatutnya.
“Saya dan CA cepat-cepat menegur supaya tidak perlu buka, tapi dia berulang kali kata mahu buka juga. Saya betul-betul marah.
"Apabila jumpa doktor, masih sempat ke nak rasa (gersang)? Bodoh, kurang ajar punya pesakit. Datang nak tunjuk perangai gila seks ke?," katanya.
- Doktor wanita diganggu pesakit lelaki berusia 40-an ketika pemeriksaan di klinik.
- Pesakit memastikan doktor bertugas ialah wanita sebelum hadir ke klinik.
- Lelaki itu berkeras mahu buka seluar dalam walau sudah ditegah.
- Beberapa doktor lain turut alami gangguan serupa ketika bertugas.
- Doktor terlibat trauma dan gesa perlindungan terhadap gangguan seksual.
Pengalaman itu turut menarik perhatian beberapa doktor wanita lain yang berkongsi insiden hampir sama.
Dia mendedahkan rakannya juga pernah diganggu pesakit lelaki ketika membuat locum di sekitar Kuala Lumpur.
“Pesakit mengadu sakit pada bahagian sulit, dan ketika pemeriksaan dijalankan, dia boleh onani atas katil pemeriksaan. Terkejut dan trauma kawan saya,” katanya.
Reaksi netizen
Sementara itu seorang lagi individu yang mengaku doktor menceritakan kejadian hampir sama di sebuah klinik, apabila didatangi pesakit lelaki yang mengadu masalah seksual.
“Dia kata lebih selesa dengan doktor perempuan dan mula bercerita tentang kehidupan seksnya. Saya cuba hentikan, tapi dia tetap berkeras mahu diperiksa.
"Saya cakap tak ada apa-apa pun, tapi dia tetap berkeras suruh saya pegang. Lepas tu dia terpancut, saya betul-betul trauma," katanya.


