INSIDEN pelajar sekolah ditikam rakan junior hingga mati membuatkan pasukan pendidik mula berwaspada.
Terkini, sebuah institusi pendidikan melakukan pemeriksaan mengejut terhadap beg sekolah murid dalam usaha memastikan mereka tidak membawa alatan tajam dan bahan terlarang.
Walau bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi sekolah terbabit.

Antara barang rampasan semasa pemeriksaan mengejut yang dilakukan.
Menerusi perkongsian seorang guru di Thread, hasil pemeriksaan di kelasnya mendapati kebanyakan murid membawa gunting dan barang permainan.
"Tapi di kelas Tahun Enam, bersepah telefon dirampas dan kandungan di dalamnya... nauzubillah.
"Arahan lakukan spot check (pemeriksaan mengejut) dibuat oleh PK Hem (Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar)," tambahnya yang turut menyaksikan beberapa murid menangis ketika rampasan dilakukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu merungut beg sekolah berat ‘kalah beras’ tapi anak tak belajar! Mansuh ‘exam’ punca pelajar banyak main
ARTIKEL BERKAITAN: Cuit sikit telinga murid sebab tak siap tugasan, tak sangka mak ayah terasa 'sakit'! Guru akur dipanggil 'hadap' pentadbir
Menurut guru itu lagi, antara isi kandungan dalam telefon murid yang dirampas adalah gambar-gambar cikgu dijadikan stiker WhatsApp untuk tujuan troll (bahan jenaka).
Malah terdapat banyak gambar ustaz Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang tengah baring di surau semasa waktu pengajaran.
"Ada juga beberapa gambar lelaki, itu belum lagi kami go through the chats.
- Guru dedah hasil spot check — murid Tahun 6 bawa telefon dengan kandungan tidak wajar.
- Arahan pemeriksaan dibuat oleh PK Hem selepas kes tikaman pelajar cetus kebimbangan.
- Ditemui gambar cikgu dan ustaz KAFA dijadikan bahan troll serta stiker WhatsApp.
- Ibu bapa akui tak pernah periksa telefon anak, alasan takut anak dirotan ayah.
- Netizen geram, gesa ibu bapa guna aplikasi kawalan dan pantau anak lebih tegas.
"Baru Tahun Enam! Nampakkan kesan jika ibu bapa tidak kawal telefon anak-anak," ujarnya yang turut terkejut dengan pengakuan segelintir ibu bapa berhubung isu itu.
Mana tidaknya, terdapat ibu bapa yang mengaku tidak pernah berpeluang memegang telefon anak mahupun merampasnya.
"Apabila tanya mak, kenapa tak serah pada ayah jika tak dapat kawal anak?

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.
"Katanya kalau dengan ayah teruk anak dirotan… aku dalam hati 'memang patutlah kena rotan kalau simpan benda begini dalam telefon'.
"Jadi sebenarnya, tak boleh salahkan anak 100 peratus sebab maknya yang enabler," ujarnya yang turut meluahkan kebimbangan.
Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya meluahkan rasa geram dan terkejut selepas mengetahui respons ibu bapa.
Tidak kurang juga meminta golongan terbabit menggunakan aplikasi kawalan ibu bapa pada peranti anak-anak.


