suria

Tetamu kenduri geram sikap tak peduli mak ayah, biar anak makan bersepah dalam dewan kahwin - “Kau tinggal ‘tahi’ macam tu je!”

Sebagai tetamu, kita sewajarnya menjaga adab dan mempunyai 'common sense' ketika menghadiri majlis kahwin. -Gambar hiasan (kiri)

ADA perkara yang wajar ditegur walaupun bukan semua orang berani menyuarakannya, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ibu bapa dan anak-anak kecil.

Di laman Threads, seorang pengguna media sosial tampil menyuarakan teguran terhadap sesetengah ibu bapa yang dilihat terlalu lepas tangan ketika menghadiri majlis perkahwinan bersama anak-anak.

Dia turut berkongsi situasi ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan baru-baru ini, yang mana ada pasangan membiarkan anak kecil mereka menyuap sendiri sehingga menyebabkan makanan bersepah.

Ketika ini ramai pasangan menetapkan 'peraturan' melarang tetamu membawa anak kecil demi kelancaran majlis. -Gambar hiasan

Apa yang lebih dikesalkan, pasangan berkenaan berlalu pergi selepas menjamu selera,  tanpa ada usaha untuk membersihkan semula  sisa makanan.

"Ini dewan kahwin, bukan kedai makan. Ini bukan tempat untuk biar anak kau makan sendiri dan kau tinggal 'tahi' macam tu je,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Makanan belum bayar, ibu tengah beratur di kaunter buka bungkusan bagi anak-anak makan… Siap tumpang sekaki!

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah suka ke ‘mall’ selamba tinggal anak di taman permainan ‘indoor’, biarkan perut kosong - “4 jam dia sendirian”

Individu itu juga menambah, walaupun orang bujang atau pasangan tanpa anak sering dianggap tidak layak untuk menegur ibu bapa, namun dalam hal melibatkan adab dan tanggungjawab, perkara sedemikian tidak boleh dibiarkan.

"Kadang-kadang kita yang single atau couple belum ada anak ni tak boleh sentuh langsung bab mak bapa yang ada anak. Tapi itulah...," tulisnya lagi. 

Lebih tajam, dia turut menyindir dan mengaitkan sikap ibu bapa sedemikian mencerminkan cara mereka mengurus anak di rumah.

  • Seorang pengguna media sosial menegur ibu bapa yang lepas tangan apabila membawa anak kecil ke majlis kahwin.

  • Dia kesal anak dibiarkan makan sendiri hingga bersepah, tanpa ada usaha membersihkan semula sisa makanan tersebut.

  • Dia turut menyindir dengan mengaitkan sikap ibu bapa sedemikian mencerminkan cara mereka menguruskan anak di rumah.

  • Ramai netizen bersetuju dan menganggap ibu bapa perlu lebih bertanggungjawab, bukan mengharapkan orang lain.

  • Ada netizen berkongsi pengalaman sama berdepan dengan ibu bapa yang bersikap sambil lewa terhadap kelakuan anak di tempat awam.

"Melihatkan perangai macam ni, kita boleh buat kesimpulan mereka ini jenis parents yang biar lampin anak penuh tahi sampai lima jam.

"Lepas tu salahkan lampin apabila punggung (anak) naik ruam," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya sependapat dengan individu berkenaan dan menyokong teguran yang dianggap tepat pada masanya.

Ramai turut berkongsi pengalaman sendiri berdepan dengan ibu bapa yang bersikap sambil lewa terhadap kelakuan anak di tempat awam.

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Kalau dekat wedding selalunya saya suap je anak-anak. Sebabnya kalau suap, makan laju sikit, orang lain pun nak duduk. Keduanya sebab kalau makan sendiri tak banyak, mesti akan ada nasi jatuh.

"Dia expect siapa nak bersihkan tu? Kerusi bayi tu bersihkan sendiri ke macam mana?

"Dekat kedai makan pun, tiada siapa yang berhak buat perangai uncultured sebegini ya. Nak buat, dekat rumah sendiri tapi dekat tempat awam is a big no," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain