suria

Wanita menyelinap masuk grup chat lucah demi siapkan kajian akademik... Terkejut tengok senarai ahli, nama ustaz pun ada!

Bahan pornografi semakin mudah diakses dengan kecanggihan teknologi hari ini. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita mencuri perhatian ramai di Thread selepas mendedahkan pengalamannya menyertai sebuah grup sembang lucah di aplikasi Telegram.

Menurut wanita itu, penyertaannya bukan kerana minat, sebaliknya atas arahan pensyarah bagi tujuan pemerhatian, sekitar tahun 2019.

Jelasnya, pemerhatian itu dibuat bagi mencari tajuk kajian akademik untuk salah seorang rakannya, namun mereka menukar topik kerana menganggap ia berisiko.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Gambar wanita didakwa dicuri di akaun media sosial sebelum disebarkan dalam grup sembang lucah. -Gambar hiasan

"Aku pernah masuk grup Telegram collection porn. Memang lelaki-lelaki dalam tu. Yang masukkan aku pun member sendiri. Aku minta dia tolong.

"Sebab pensyarah yang suruh intip (aktiviti) ini. Selepas siap buat pemerhatian, aku dan pensyarah pun scroll semuanya (kandungan grup).

"Siapa saja member lelaki aku yang aku save nombor dia, memang tahulah (ada dalam grup), termasuklah ustaz," dakwanya.

  • Wanita dedah pernah masuk grup sembang lucah di aplikasi Telegram.
  • Dia menyertai grup itu untuk tujuan pemerhatian bagi mencari tajuk kajian.
  • Dia melihat beberapa nama lelaki yang dikenalinya dalam grup itu.
  • Lebih mengejutkan, dia melihat nama seorang ustaz dalam grup yang sama.

Katanya lagi, grup berkenaan bukan sekadar memuat naik bahan pornografi, malah turut mengandungi pelbagai gambar wanita yang dicuri dari media sosial.

"Bukan nak cakap apa la, tak semua gambar atau video bogel dalam tu. Ada yang hanya dari Instagram, mereka screenshot dan post dalam grup tu.

"Sedangkan perempuan tu bertutup je. Kita ni ibarat objek seks," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah bau tanah tapi tak sedar diri!” - Netizen ‘serang’ grup FB pedofilia, terkejut tengok foto gadis sekolah jadi ‘modal’ komen lucah

ARTIKEL BERKAITAN: Semua ahli membisu lepas atuk terhantar video lucah dalam grup famili... Biasanya ‘laju’, aktif bab balas mesej

Di ruangan komen, ramai yang meluahkan kebimbangan kerana kandungan pornografi yang semakin mudah diakses pada hari ini.

"Tengok tangan perempuan je pun kadang ada yang dah ghairah. Tak faham aku.

"Gambar yang bertutup ikut syariah pun jadi mangsa kaki porno," tulis netizen. 

Artikel Lain