suria

Senior tempat kerja mengaku keturunan ‘payung kuning’, canang pandu Mustang - “Abang ni kerabat, jangan beritahu orang”

Ada segelintir daripada kita sanggup mengaku kaya demi menarik perhatian orang lain. -Gambar hiasa AI

TIDAK dinafikan wujud segelintir individu yang suka menipu tentang latar belakang diri demi meraih penghormatan orang lain.

Berkongsi pengalaman, seorang lelaki mendakwa rakan sepejabatnya tanpa rasa malu mencanangkan kononnya dia merupakan seorang kerabat diraja semata-mata mahu disanjungi orang lain. 

Katanya, individu tersebut kerap kali mengulangi dan bercakap secara terbuka tentang status itu agar rakan-rakan yakin dan percaya.

Ada golongan menunjukkan kekayaan di media sosial bagi tujuan menipu. -Gambar hiasanAda golongan menunjukkan kekayaan di media sosial bagi tujuan menipu. -Gambar hiasan

"Ayat dia macam ni... sebenarnya abang ni kerabat diraja tapi jangan bagitau orang. Setiap orang kat pejabat dia beritahu macam tu. Dia cakap lagi dia pakai Mustang.

“Pada mulanya kami semua layankan saja walaupun nampak tak logik. Kadang-kadang tu rasa macam nak percaya juga,” kongsinya di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar naik jet peribadi, berlagak kaya di Instagram... hakikatnya semua gambar 'edit'!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gaji 45k dedah grup T20 tak suka menonjol, tak ajak orang jadi kaya- “Jangan tertipu dengan media sosial boleh?”

Namun, tembelang lelaki itu pecah apabila seorang rakan pejabat yang melakukan kerja sambilan sebagai penghantar makanan secara kebetulan menghantar pesanan ke rumahnya.

“Rupanya dia cuma sewa bilik di sebuah apartment. Masa tu kami semua tergelak tak berhenti sebab baru tahu cerita sebenar,” katanya.

  • Lelaki nasihat agar tidak menipu demi dihormati orang lain.
  • Rakan sepejabatnya mengaku sebagai kerabat diraja dan orang kaya.
  • Temberang terbongkar selepas rakan kerja sambilan hantar makanan ke rumahnya.
  • Rupanya hanya menyewa bilik di apartment biasa.
  • Netizen kongsi pengalaman berdepan individu berpura-pura kaya.

Tambahnya, lelaki itu pernah menolak permintaan rakan-rakan yang ingin berkunjung ke rumahnya dengan alasan isterinya tidak menerima tetamu dalam kalangan orang biasa.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan ada yang mendakwa pernah berdepan dengan individu berpura-pura kaya.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya

"Perangai dia macam kawan saya juga. Dia cakap duduk rumah banglo, apabila kami nak pergi asyik bagi alasan. Rupanya duduk flat.

"Kebanyakan yang dibesarkan dalam kemiskinan akan macam ni. Kurang kasih sayang.

"Semua cerita kita boleh dengar, percaya 100 peratus jangan," katanya.

 

 

 

Artikel Lain