suria

Pemandu bas sekolah dihina murid perempuan, berani hantar mesej kurang ajar - “Hi pakcik babi!”

Pemandu bas cukup mengenali pelajar-pelajar yang menggunakan perkhidmatannya. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN biadab seorang murid perempuan menghantar mesej berbentuk hinaan kepada pemandu bas sekolah mengundang rasa marah warga maya.

Menurut seorang pemuda yang berkongsi hal itu di Thread, bapanya yang merupakan pemandu bas sekolah terbabit digelar sebagai 'babi' oleh pelajar berkenaan.

"Tak tahu nak cakap apa. Apabila pergi gegar rumah, dia takut nak keluar.

Ibu bapa bekerja selesa menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk menghantar anak-anak. -Gambar hiasanIbu bapa bekerja selesa menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk menghantar anak-anak. -Gambar hiasan

"Sudahnya perkhidmatan bas sekolah ditamatkan... selesai," kata pemuda itu di laman berkenaan.

Menurut pengadu, kes berkenaan berlaku pada Oktober tahun 2023 namun ia masih segar dalam ingatannya.

Dalam hantarannya dia turut memuatnaik tangkap layar mesej murid berkenaan kepada bapanya sebagai bukti.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik pemandu van sekolah menggatal, selalu usik murid perempuan... Paling jijik tak malu ajak budak bawah umur kahwin!

ARTIKEL BERKAITAN: Berbaju kelawar, tak pakai bra... Rupanya ramai sakit mata, naik segan tengok pakaian ibu hantar anak ke sekolah

“Hi pakcik babi. Pakcik makan babi ke?” tulis murid berkenaan.

Rentetan mesej itu, bapa lelaki tersebut menamatkan perkhidmatan terhadap murid berkenaan serta-merta.

  • Seorang pemuda berkongsi pengalaman bapanya dihina murid sekolah dengan gelaran “babi”.
  • Murid tahun lima itu merupakan pelanggan bapanya yang bekerja sebagai pemandu bas sekolah.
  • Akibatnya,  pemandu terbabit menamatkan perkhidmatan terhadap murid berkenaan serta-merta.
  • Keluarga pelajar memohon maaf, namun keputusan kekal demi mengelak isu berulang.
  • Netizen mengecam sikap biadab murid dan menegur ibu bapa yang gagal mendidik anak agar beradab.

Bagaimanapun bapa kepada murid terbabit memohon maaf atas sikap biadab anaknya dan merayu agar perkhidmatan bas sekolah diteruskan seperti biasa.

“Ayah murid tu minta maaf, tapi dah terlambat. Takkan nak teruskan, nanti timbul isu lain.

“Buang tetap kena buang. Pandai-pandailah mereka cari van sekolah lain,” ujarnya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendakwa golongan kanak-kanak kini tidak lagi beradab dan mula hilang rasa hormati kepada orang dewasa.

"Budak sekarang dah biasa guna perkataan tu. Yang hairannya mak ayah mereka tak marah. Kalau mak saya memang dah bercili mulut apabila sebut perkataan tu.

"Antara punca generasi sekarang tak beradab adalah apabila terpengaruh dengan influencer gamers yang kaki carut ni.

"Bacalah group WhatsApp anak-anak. Jangan terperanjat topik seks pun ada dalam kalangan murid sekolah rendah," katanya.  

 

 

Artikel Lain