SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila tindakannya memfailkan perceraian terhadap suami selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak mendapat sokongan daripada keluarga mentua.
Menerusi hantaran di media sosial, wanita berkenaan mendedahkan ibu dan bapa mentuanya memujuk agar dia menarik semula keputusan itu demi anak-anak.

Setiap individu mengimpikan kehidupan yang harmoni bersama keluarganya. -Gambar hiasan
Namun kata wanita itu, nasihat yang diberi dianggap tidak masuk akal apabila mentuanya meminta dia bersabar dan melihat semula sejarah pemerintah Mesir purba, Firaun.
"Dia kata isteri Firaun (Asiah) tu syurga tempatnya.
"Nak je aku cakap... memanglah Firaun tak pukul isteri, tak ambil dadah," ujarnya di Thread.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami derita mental fizikal hidup sebumbung dengan isteri kaki pukul... Makin takut lapor polis lepas dapat ugutan bunuh!
ARTIKEL BERKAITAN: Tergesa-gesa nak main ‘game’ Dota, suami tampar muka isteri depan anak! Siap tekup mulut dengan kain suruh berhenti menangis
Menjelaskan dengan lebih terperinci tentang situasi dialaminya, pengadu mendakwa suaminya merupakan seorang yang panas baran dan gemar memaki hamun apabila marah.
"Suami aku ni pemalas, kaki maki, kaki hamun, kaki pukul, kaki hisap dadah, semua yang tak baik," tambahnya.
Ujar wanita itu lagi, dia kecewa apabila mentuanya langsung tidak cuba memahami situasi yang dihadapinya.
- Wanita kecewa mentua pujuk tarik balik keputusan cerai demi anak-anak.
- Mertuanya bandingkan rumah tangganya dengan kisah isteri Firaun, suruh terus sabar.
- Dakwa suami pemalas, kaki maki hamun, kaki pukul dan hisap rokok.
- Persoal sikap mentua yang ada empat anak perempuan tapi masih suruh dia bertahan.
- Netizen simpati, sokong keputusan cerai dan nasihat agar jaga maruah serta keselamatan diri.
"Dia nak suruh aku jadi isteri yang sentiasa bersabar walaupun dapat suami jenis kaki maki hamun dan pukul.
"Dia ada empat orang anak perempuan, cuba kalau perkara tu jadi pada anak-anak perempuan dia.
"Masih nak suruh anak bersabar dan bertahan ke? Kau pun tak akan biar anak-anak perempuan kau kena macam tu dengan suami mereka," luahnya.

Warga maya turut meluahkan rasa geram terhadap perumpamaan yang diberikan mentua wanita ini.
Luahannya itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang bersimpati dan menyokong keputusannya untuk berpisah.
Tidak kurang juga yang menasihatinya supaya terus mempertahankan maruah serta keselamatan diri.
"Isteri Firaun duduk istana, makan pakai semua cukup cuma kepercayaan je lain. Tolonglah jangan samakan jalan cerita dulu-dulu dengan sekarang.
"Mengaku mak bapa Firaun rupanya mereka tu.
"Sebenarnya mak bapa dia pun tak mahu bela anak lelaki dia yang macam saka tu… sebab itulah mereka pujuk jangan berpisah," demikian reaksi netizen.


