suria

Nak makan ‘seafood’ mahal tapi tak mampu... Wanita campur dua gred udang dalam satu plastik - “Dia timbang guna harga murah”

Semak tanda harga dengan betul sebelum mengambil barang di pasar raya. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan rasa kecewa tatkala menyaksikan sikap individu tidak bertanggungjawab ketika membeli makanan laut di sebuah pasar raya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di bahagian makanan basah apabila seorang wanita berusia dilihat mencampur dua jenis udang mentah dengan harga berbeza ke dalam satu plastik.

"Sedih tengok makcik bangsa sendiri dekat supermarket. Ada satu jenis udang tu harganya RM23 sekilogram (kg).

Elakkan daripada menipu atau menggunakan helah ketika membeli barang di pasar raya. -Gambar hiasan

"Lepas tu ada udang yang besar sikit harganya dalam anggaran RM32 satu kilogram. Dengan muka selamba dia campur dua-dua udang lepas tu timbang dengan harga murah.

"Saya nak tegur dia secara berdepan, tapi tengok perut pun boroi. Saya tak pasti ada anak dalam (perut) tu atau biasa makan benda haram," jelasnya.

Tambah pengadu dia membatalkan hasrat untuk menegur tentang kesalahan itu kerana bimbang akan menyinggung perasaan wanita terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita runsing ditipu tukang emas, gelang tangan susut 0.2g lepas hantar baiki... Paling pelik ada kesan pateri di bahagian tak rosak

ARTIKEL BERKAITAN: Kuantiti dikurangkan, harga naik... Makin ramai peniaga ‘mencuri’ dalam timbangan, ini penjelasan agamawan

"Bukan tak nak tegur tapi masa tu kebetulan anak saya meragam. Sekilas pandang, saya tengok dia dah timbang dan dengar ambil harga murah tu.

"Silap saya tak terus je (tegur). Tapi saya harap apa saya kongsi ni jadi pengajaran buat semua," katanya lagi.

  • Lelaki kecewa lihat wanita campur dua jenis udang berlainan harga di pasar raya.
  • Udang murah RM23 sekilo, udang besar RM32, tapi ditimbang ikut harga rendah.
  • Dia segan nak tegur sebab sangka wanita itu hamil.
  • Netizen pesan tegur dengan berhemah dan elak budaya menipu.
  • Ada yang kongsi pengalaman nampak situasi sama sebelum ini.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Rata-ratanya berpendapat pengadu sepatutnya menegur perbuatan berkenaan secara berhemah agar amalan menipu tidak berlarutan.

"Daripada kita sama-sama cakap fasal benda ni macam keyboard warrior, sepatutnya tegur dia (secara berdepan). Kadang-kadang benda macam ni saja je Tuhan tunjuk depan kita, nak tengok tindakan kita.

Komen beberapa netizen pada hantaran asal.

"Maaf cakap, kasihan anak anda diberi makan daripada sumber yang haram. Lepas tu sendiri pelik kenapa perangai anak tak serupa manusia.

"Saya pernah nampak orang buang kepala udang dan ambil badan saja. Siap boleh kata kepala udang tu tak elok (dimakan)," komen beberapa netizen.

 

Artikel Lain