suria

Anak menangis, mengadu rakan lelaki ambil rantai kunci kesayangan... Ibu pula terasa sedih lepas tahu latar belakang pelaku

Keychain yang baharu dibelikan mengikut warna kegemaran murid lelaki berkenaan. -Gambar hiasan (kanan)

SETIAP ibu bapa pasti berdepan pelbagai ragam anak, termasuk situasi yang menguji kesabaran dan kematangan dalam usaha membesarkan mereka.

Di Thread, seorang ibu berkongsi tentang kesedihan anak perempuannya hingga menitiskan air mata apabila rantai kunci atau keychain kesayangan diambil rakan lelaki di sekolah.

Selepas mendengar cerita daripada anaknya, dia mengambil keputusan untuk menghubungi ibu kepada murid lelaki berkenaan.

Ramai murid suka menggantung aksesori sebagai perhiasan pada beg sekolah. -Gambar hiasan

"Keychain tu memang kesayangan anak saya sebab sepupu dia yang bagi. Saya pun mesej mak budak lelaki tu.

"Saya tak marah pun. Malah saya janji nak belikan keychain lain sebab budak lelaki tu cakap dia nak keychain sebab beg dia kosong," ceritanya.

Tambah wanita itu, perbualannya dengan ibu kepada kanak-kanak lelaki terbabit akhirnya menyingkap kisah sedih yang tidak pernah diketahuinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kunci tandas sekolah hilang, guru didakwa suruh 4 pelajar gagau lubang jamban cari sampai jumpa

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun urus pelajar bermasalah, guru buat kesimpulan punca dari rumah! Simpati sampai rasa nak bawa balik, jaga seminggu dua

"Lepas kita mesej mak budak lelaki tu, rupanya dia dah tak ada ayah. Semua perkara mak dia yang uruskan sendiri.

"Tiba-tiba saya jadi tempat mengadu mak dia pula. Kesiannya. Ibu dia rasa serba salah sebab tak tahu anaknya suka ambil barang orang.

  • Anak menangis kerana rantai kunci dicuri rakan sekolah.
  • Ibu hubungi keluarga murid, tak marah sebaliknya cuba fahami situasi.
  • Rupanya budak itu tiada ayah sehingga membuatkan ibu sebak.
  • Ibu belikan rantai kunci merah untuk budak itu.
  • Ramai puji sikap matang dan empati kedua-dua ibu tangani masalah.

"Esok ibunya suruh dia pulangkan. Saya pun dah belikan (keychain) untuk budak lelaki tu. Satu pengakhiran mengembirakan," ujarnya.

Kedua-dua wanita ini menerima pujian ramai selepas perbualan WhatsApp antara mereka tular di Threads.

Rata-ratanya bersetuju dengan cara mereka menyelesaikan isu kecil dengan penuh kematangan dan bertimbang rasa.

Komen netizen pada hantaran asal.

"Inilah sikap positif yang kita perlukan. Kanak-kanak tetap kanak-kanak, orang dewasa pula seharusnya bertindak matang. Tahniah kepada kamu berdua.

"Kak, nanti tanya nama dia apa... Saya ada jual keychain boleh letak nama. Saya poskan pada akak nanti, akak bagi pada mak dia ya. Bagi sekali nama anak akak.

"Saya suka cara dua wanita terutama sebagai ibu, berkomunikasi dengan begitu positif. Tak marah atau melenting. Terima kasih orang baik. Semoga jadi asbab untuk orang lain dan budak tu jadi baik," komen beberapa netizen.

 

Artikel Lain