SEORANG wanita mendedahkan pengalaman berdepan individu mencurigakan yang berpura-pura mahu bertanya tentang penjagaan anak selepas berkhatan.
Menurut wanita itu, ia bermula selepas dia memuat naik hantaran mengenai anaknya yang baru bersunat di sebuah platform media sosial.
Tidak lama kemudian, dia dihubungi seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang mendakwa turut menjaga anak lelaki yang baru berkhatan.

Awasi anak-anak supaya tidak menjadi mangsa pedofilia. -Gambar hiasan AI
"Aku layan baik je, cuma kongsi pengalaman jaga anak sepanjang seminggu tu. Tapi makin lama, makin pelik apabila dia minta gambar 'bebird' (kemaluan) anak aku beberapa kali.
"Aku cakap tak bagi orang tangkap gambar dia dalam keadaan macam tu. Lagipun memang aku tak akan bagi la dekat orang. Maruah anak kan," katanya.
Lebih mengejutkan, individu berkenaan kemudian mencadangkan agar mereka bertukar gambar bahagian sulit anak masing-masing.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dah bau tanah tapi tak sedar diri!” - Netizen ‘serang’ grup FB pedofilia, terkejut tengok foto gadis sekolah jadi ‘modal’ komen lucah
ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik pedofilia ditahan, kegiatan rogol terbongkar lepas hantar 'handphone' untuk dibaiki
Wanita itu tetap bertegas menolak dan terus menghentikan perbualan selepas mesej yang diterima mula berunsur lucah.
"Aku masih berkeras jawab tak boleh. Lepas tu dia kata... kalau hantar gambar bebird anak saya (sebagai ganti)?
"Aku pun jawab, anak usia berapa? Darjah empat kan? Aku pula malu... geli nak tengok.
"Dia balas mesej aku... alah budak-budak punya je sis, terus aku bluetick (tak balas mesej)," jelasnya lagi.
- Wanita diganggu individu mencurigakan selepas kongsi pengalaman anak bersunat.
- Individu itu berpura-pura tanya tentang penjagaan anak sebelum minta gambar kemaluan.
- Wanita itu menolak permintaan dan menghentikan perbualan berunsur lucah.
- Dia mengesyaki individu berkenaan seorang pedofilia selepas mesej semakin menjelikkan.
- Ramai nasihatkan supaya buat laporan polis bagi mengelak mangsa lain terkena.
Bagaimanapun, gangguan tersebut tidak terhenti di situ apabila individu berkenaan terus menghantar mesej dengan cara yang semakin mencurigakan.
Situasi itu membuatkan wanita berkenaan mula mengesyaki bahawa individu tersebut mungkin seorang pedofilia.
"Kali ni dia beritahu anak dia punya kemaluan bersaiz kecil. Banyak kali dia cakap. Masa ni baru aku sedar yang ni rasanya bukan betul-betul mak jaga anak sunat.
"Aku rasa ni pedofilia. Lepas tu dia tanya masa anak kencing, aku tengok tak dekat kemaluan dia. Aku cakap tak ada pula. Makin lama makin pelik sembangnya.

Elakkan daripada melayan mesej berbaur lucah dihantar individu tidak dikenali. -Gambar hiasan
"Tak faham la aku manusia macam ni. Sudah la gambar profil WhatsApp aku dengan suami. Tak malunya mesej bukan-bukan ya. Dapat apa entah hantar mesej tak senonoh macam tu," ujarnya.
Kisah dikongsikan wanita itu menarik perhatian netizen yang menasihatkannya supaya segera membuat laporan polis agar perkara sama tidak berulang kepada orang lain.
"Jangan biarkan benda tu macam tu je. Buat laporan polis. Harini mungkin dia buat dengan puan, esok lusa siapa pula mangsanya.
"Silap-silap dia cuba dekati budak-budak terus. Tapi kita boleh cegah perkara ini daripada terjadi dengan maklumkan pada pihak berkuasa," komen seorang netizen.


