suria

“Dah bau tanah tapi tak sedar diri!” - Netizen ‘serang’ grup FB pedofilia, terkejut tengok foto gadis sekolah jadi ‘modal’ komen lucah

Banyak foto perempuan bawah umur dikongsikan di dalam grup tersebut.

TULAR sebuah kumpulan Facebook dikenali sebagai ‘Group Budak2 Sekolah Rendah’ yang kini mencetuskan kemarahan orang ramai. 

Kumpulan itu dipercayai aktif memaparkan kandungan berunsur tidak bermoral melibatkan pelajar sekolah bawah umur yang dikaitkan dengan pedofilia. 

Pendedahan mengenainya dibuat oleh pempengaruh dan aktivis media sosial, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

Caprice dalam hantarannya turut memaklumkan bahawa dia sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Saya sudah laporkan kepada skmm_mcmc, Insya-Allah mereka laju bertindak.

"Admin baik serah diri je dekat balai polis secepat mungkin. Kalau mereka sampai depan rumah, masalah besar," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Difahamkan kumpulan tersebut ditubuhkan sejak tahun 2014 dan dikendalikan oleh dua individu yang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita. 

Setakat ini, kumpulan itu menghimpunkan lebih 12,000 ahli.

Tangkap layar butiran grup yang tular.

Hasil pemantauan mStar mendapati banyak perkongsian dalam kumpulan itu memaparkan imej serta komen tidak senonoh terhadap remaja perempuan berpakaian seragam sekolah. 

Apa yang lebih membimbangkan, kumpulan tersebut bersifat 'umum' (public) dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Tinjauan juga mendapati ramai ahli kumpulan tersebut adalah lelaki dewasa termasuk warga emas, yang secara terbuka meninggalkan komen berbaur lucah dan tidak senonoh.

"Bagi la kisah yang memberahikan boleh tak.

"Terima kasih admin. Saja nak intai anak sekolah. Ada yang nakal, nak nasihat

"12 tahun. Bela dulu biar 'ranum' baru boleh 'makan'," tulis beberapa individu dalam hantaran dibuat di grup berkenaan.

Selepas pendedahan dibuat Caprice, warganet mula ‘menyerang’ kumpulan itu dan meluahkan kemarahan terhadap ahli serta pentadbir akaun berkenaan.

"Orang makin tua sepatutnya makin dekat dengan Tuhan, bukan makin gila mengejar nafsu. 

"Kalau hidup hanya fikir bawah pinggang (bahagian kemaluan), apa beza dengan binatang?

"Apa cerita admin grup ni? Tengah menggelupur ke tu? Diri dah bau tanah tapi tak sedar lagi.

"Kerja yang bagus Caprice, cepat bertindak dengan semua ni. Padan muka tua-tua bangka ni," tulis beberapa netizen dalam grup tersebut.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung tindakan lanjut terhadap kumpulan terbabit.

Artikel Lain