suria

Tak puas hati disuruh salin nota dalam kelas, pelajar tunjuk samseng koyak kertas depan muka cikgu! - “Esoknya bapa dia pula serang saya”

Ibu bapa jangan menuding jari menyalahkan guru sekiranya anak bersikap biadab. -Gambar hiasan AI

PENGALAMAN pahit berdepan dengan sikap pelajar dan ibu bapa yang biadab dan tidak bertimbang rasa menyebabkan seorang guru mengakui hilang semangat untuk mendisiplinkan anak didiknya di sekolah.

Bercerita tentang pengalaman sendiri, guru wanita itu berkata masih segar dalam ingatannya tentang insiden dia menegur seorang pelajar yang tidak membawa buku dengan menyuruhnya menyalin nota di atas kertas. 

Namun selepas kelas berakhir, pelajar itu bertindak biadab dengan mengoyak kertas berkenaan.

Ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada guru untuk mendidik anak-anak. -Gambar hiasanIbu bapa perlu memberi kepercayaan kepada guru untuk mendidik anak-anak. -Gambar hiasan

"Apabila habis kelas, dia pergi kat depan saya, koyak kertas tu dan biar berterabur atas lantai.

“Saya terus laporkan kepada guru disiplin. Pelajar itu kena rotan dan dipaksa minta maaf pada saya. 

"Tapi esoknya, bapa pelajar tersebut datang menyerang saya di sekolah. Mujur guru disiplin dan pengetua mempertahankan saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu bas sekolah dihina murid perempuan, berani hantar mesej kurang ajar - “Hi pakcik babi!”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tak puas hati dilarang makan di kantin sekolah, persoal pangkat guru kelas nak kuat kuasa peraturan

Peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam sehingga dia berasa tawar hati untuk terus menegur pelajar bermasalah.

Tidak lama selepas itu, satu lagi kejadian berlaku apabila pelajarnya memaki dan memalukannya di media sosial hanya kerana menegur sikap suka berjalan di dalam kelas.

“Mungkin cara saya menegur agak kasar, saya pun tak ingat. Tapi keesokan harinya, pelajar lain ketawa dan berbisik setiap kali nampak saya. Sejak itu, saya berhenti menegur,” jelasnya.

  • Bekas guru hilang semangat mendisiplinkan pelajar akibat sikap murid dan ibu bapa.
  • Pelajar biadab koyak nota, bapanya datang menyerang ke sekolah.
  • Guru dimalukan di media sosial selepas menegur pelajar.
  • Trauma, dia pilih hanya mengajar tanpa ambil peduli disiplin.
  • Netizen salahkan ibu bapa sebagai punca masalah pelajar.

Menurutnya yang difahamkan sudah meninggalkan perkhidmatan perguruan, hidupnya lebih tenang kerana memilih untuk tidak lagi mengambil peduli hal disiplin murid sewaktu dipenghujung servisnya.

Mindset saya masa tu cuma datang sekolah, mengajar, kawal kelas supaya tak terlalu bising, kemudian balik rumah. 

"Saya tak lagi siasat kenapa pelajar hilang dalam kelas, tak peduli siapa buat kerja atau tidak. Saya hanya datang untuk mengajar, itu saja,” katanya.

Reaksi warga maya

Reaksi netizen

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang mendakwa permasalahan pelajar di sekolah bermula daripada rumah.

"Segalanya bermula dari rumah, jadi mak bapa yang bangang.

"Nak buat macam mana mak bapa pun merungut anak kena salin nota dalam kelas.

"Mintak maaf cikgu atas salah anak-anak ni. Saya pun risau anak-anak saya. Moga cikgu terus bersabar," kata warga maya.

Artikel Lain