suria

Bapa tak puas hati dilarang makan di kantin sekolah, persoal pangkat guru kelas nak kuat kuasa peraturan

Anak-anak seharusnya dilatih untuk belajar berdikari di kantin sekolah. -Gambar hiasan

SEORANG bapa meluahkan rasa kurang senang dan hairan apabila rutinnya untuk makan di kantin sekolah anaknya ditegur serta dilarang seorang guru.

Menurutnya yang mendakwa sudah enam tahun keluar masuk ke sekolah berkenaan, selama ini dia tidak pernah ditegur berhubung perkara itu.

Menerusi muat naik di media sosial, dia berkongsi tangkap layar mesej perbualan dengan guru terbabit.

Ada ibu bapa yang masih menemani anak di kawasan sekolah. -Gambar hiasanAda ibu bapa yang masih menemani anak di kawasan sekolah. -Gambar hiasan

Dalam nada sopan dan baik, guru tersebut menjelaskan bahawa peraturan sedia ada sememangnya tidak membenarkan ibu bapa atau waris berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan tanpa kebenaran pihak pentadbir.

"Saya hanya makan lima minit, cikgu. Sebelum ni tak pernah pun pengetua atau penolong kanan marah saya makan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantin sekolah jual menu restoran, chicken chop pun ada! Paling tak sangka harga murah-murah, bawa RM3 pun dah kenyang

ARTIKEL BERKAITAN: Bayar RM2 dapat nasi putih, seketul ayam goreng saiz ibu jari! Netizen sedih tengok menu kantin sekolah - “Tak sampai hati hidang macam tu”

"Saya hanya tanya tentang bab makan di kantin saja, cikgu. Tak pernah lagi saya duduk saja-saja di kawasan sekolah, melainkan menunggu waktu balik sahaja," tulis lelaki itu di WhatsApp membalas kepada guru terbabit.

Tidak berpuas hati dengan penjelasan cikgu, lelaki itu kemudiannya mencadangkan pihak sekolah membuat papan tanda larangan di kantin sekolah agar ibu bapa mudah faham.

"Aku cukup hormat semua cikgu sekolah. Cuma aku hairan cikgu kelas pangkat lagi tinggi ke dalam sekolah tu?" ajunya dalam nada sindiran.

  • Seorang bapa pelik apabila ditegur bahawa dia tidak dibenarkan makan di kantin sekolah.
  • Lelaki itu mendakwa sudah enam tahun makan di kantin sekolah tanpa pernah ditegur oleh pengetua atau penolong kanan.
  • Guru menjelaskan larangan itu memang sebahagian daripada peraturan sekolah yang mengehadkan kehadiran waris semasa waktu persekolahan.
  • Lelaki itu cadangkan agar pihak sekolah meletakkan papan tanda larangan di kantin.
  • Isu itu mencetuskan perdebatan netizen, dengan ramai mengingatkan bahawa peraturan tersebut sudah lama dikuatkuasakan.

Namun, guru berkenaan kemudian membalas bahawa dia hanya menyampaikan pesanan kerana bimbang ada ibu bapa lain mengambil kesempatan.

Perkongsian itu bagaimanapun dikecam warga maya dengan mereka beranggapan lelaki itu tidak memahami peraturan dan larangan sekolah.

Reaksi netizenReaksi netizen

"Memang salah pun. Tu peraturan semua sekolah yang dah lama berkuat kuasa. Mana boleh parent berada di kawasan sekolah tanpa ada tujuan.

"Buat malu je, macam mana tak naik lemak anak-anak sekarang? Biar la anak kau tu berdikari.

"Tak malu ke parent yang beria nak makan kat sekolah. Mamak, foodcourt punya la banyak kat luar tu pi la sana," katanya.

Artikel Lain