suria

Pakcik di pejabat bermulut lancang, ejek wanita rendah depan orang ramai... Gelar ayam serama, Teletubbies gara-gara tinggi 145 cm

Kritikan tentang bentuk fizikal boleh merendahkan keyakinan diri. -Gambar hiasan AI

USIKAN keterlaluan pasti akan mengundang rasa marah, apatah lagi apabila ia melibatkan bentuk fizikal seseorang yang tidak boleh diubah.

Itulah yang dilalui seorang wanita apabila dia sering dijadikan bahan gurauan hanya kerana memiliki ketinggian kurang 150 sentimeter (cm).

Katanya, seorang lelaki yang sudah berumur di tempat dia bekerja gemar memanggilnya dengan gelaran memalukan secara terbuka di hadapan rakan pejabat lain.

Mengusik mengenai fizikal boleh memberi tekanan pada individu tersebut. -Gambar hiasan AI

"Saya punya ketinggian hanya 145cm. Ada seorang pakcik dekat pejabat ni suka panggil saya dengan panggilan ayam serama la, Teletubbies la dan macam-macam lagi.

"Benda tu sumpah annoying (menjengkelkan) sebab dia panggil saya macam tu depan orang," ujarnya menceritakan situasi yang terjadi di Threads.

Lebih membuatkan dia tergores hati apabila lelaki berkenaan kerap membandingkannya dengan rakan sekerja lain yang lebih tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan ejek bihun goreng ibu rasa sabun, anak pulun habiskan sambil menangis tepi tandas sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu kena ejek, anak kerap menangis minta tukar nama! Ibu tak sangka jadi isu, dulu dah fikir panjang sebelum daftar

Tambah wanita itu, dia cuba bersabar namun khuatir emosinya 'meletup' hingga boleh menimbulkan kekecohan di pejabat.

"Kalau ada orang (rakan sepejabat) yang lebih tinggi daripada saya, mesti dia suruh ukur tinggi.

"Sudah lama saya tahan sabar. Takut baran saya terlepas. Silap-silap esok dia berhenti kerja lepas tengok saya mengamuk," jelasnya.

  • Seorang wanita geram kerana sering dijadikan bahan ejekan di tempat kerja.
  • Seorang lelaki memanggilnya dengan gelaran seperti ayam serama dan Teletubbies di depan rakan sekerja lain.
  • Dia juga kerap dibandingkan dengan rakan sekerja lain yang lebih tinggi.
  • Wanita itu cuba bersabar tetapi bimbang emosinya meletup hingga mencetuskan kekecohan di pejabat.
  • Seorang netizen menasihati supaya dia membuat laporan kepada penyelia atau HR, malah boleh teruskan aduan ke JTK.

Meninjau ke ruangan komen, seorang netizen tampil menasihatkan wanita berkenaan supaya mengambil tindakan lebih matang tanpa perlu menunggu hingga hilang kawalan.

Malah, individu berkenaan turut mencadangkan dua tindakan yang boleh dilakukan bagi mengelakkan daripada hal yang sama berulang lagi.

"Berdasarkan apa yang awak kongsi, pakcik ni asyik buat kritikan secara umum mengenai ketinggian awak berulang kali, ia dianggap gangguan di tempat kerja.

Komen netizen selepas hantaran itu dibuat.

"Awak tak perlu tahan sabar sampai awak meletup. Lebih baik awak bertindak secara tenang dan tegas melalui cara yang lebih baik. Ini di bawah Akta Kerja (Pindaan) 2022.

"Sila laporkan pada penyelia atau Sumber Manusia (HR). Kalau syarikat buat tak tahu, boleh teruskan aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK)," kata pelayar itu memberi nasihat.

Artikel Lain