BERGELAR seorang peguam, sudah pasti pelbagai kisah klien pernah dikendalikan mereka, termasuklah berkaitan hal rumah tangga.
Ada yang datang dengan masalah kewangan, campur tangan keluarga, kehadiran pihak ketiga dan sebagainya.
Menerusi satu perkongsian di laman Threads, seorang peguam berkongsi kisah seorang kliennya yang mendapatkan nasihat gara-gara buntu dengan situasi rumah tangga disebabkan pasangannya mempunyai sifat kurang percaya atau yakin (insecure) keterlaluan.

Suami isteri perlu berkomunikasi untuk mengelakkan perselisihan faham menjadi lebih parah. -Gambar hiasan
"Klien saya mengadu. Isterinya suri rumah. Sebulan dia beri kepada isteri hampir RM5,000 untuk belanja dan beli apa sahaja barang yang isteri mahu.
"Tapi klien saya stres, semenjak bisnes makin menjadi, makin senang… isteri tak senang duduk. 24 jam nak mesej, minta hantar gambar, buat video call. Insecure," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Lebih parah kongsinya, klien tersebut mendedahkan isterinya pernah bertindak di luar kawalan hanya kerana dia tidak membalas kembali mesej yang dihantar.
ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ramai isteri tak periksa phone suami... Peguam syarie kongsi kisah tanda curang muncul tanpa sengaja, akhirnya kantoi
ARTIKEL BERKAITAN: Kerap jadi saksi di mahkamah, penyiasat upahan dedah kes kaum Hawa curang lebih banyak! Peguam syarie pun terkejut
"Kalau tak reply, mengamuk, menyumpah seranah. Pernah sekali tu siap doakan klien saya muflis sebab tak reply mesej.
"Klien kata, waktu hidup susah dulu tak pernah macam tu. Mungkin andaian tapi itu paling dekat dengan kenyataan diri klien," kongsinya.
Tambah peguam itu lagi, biarpun sibuk menguruskan perniagaan, namun klien tersebut berkata dia tidak pernah mengabaikan tanggunggjawabnya sebagai seorang suami.
Seorang peguam kongsi kisah klien lelaki yang stres dengan sikap isterinya.
Isterinya suri rumah, diberi RM5,000 sebulan untuk belanja, tapi tetap terlalu mengawal.
Isteri berubah jadi cemburu, kerap video call dan semuanya berlaku sejak suami berjaya dalam bisnes.
Isteri pernah mengamuk dan maki hamun hanya kerana suami tak balas mesej.
Warga maya simpati, ada yang berpendapat isteri rasa insecure mungkin sebab kurang komunikasi dan pengaruh media sosial.
"Dalam kes saya uruskan ni, si suami duduk rumah tiga hari seminggu. Setiap bulan bawa berjalan.
"Bukan lagi perhatian yang dicari. Lebih kepada 'apa aku nak buat supaya suami aku stres hari ini'. Kenapa jadi insecure apabila suami makin senang?" tulisnya lagi.
Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang pelbagai.
Ramai bersimpati dengan situasi dihadapi si suami dan dalam masa sama cuba memahami mengapa ia berlaku.

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Ada yang berpendapat perasaan tidak yakin dalam diri pasangannya mungkin berpunca daripada isu yang lebih mendalam seperti kurangnya komunikasi atau pengaruh sekeliling.
"Duit tak boleh beli kebahagiaan. Mungkin duit dah cukup tapi perhatian pula dah berkurangan daripada seorang suami.
"Nak tahu kenapa? Punca dia media sosial, orang sekeliling, drama yang merepek dan komunikasi.
"Kuat sangat layan media sosial tu. Suruh dia pergi kerja. Lebih baik sibuk dengan kerja daripada sibuk dekat media sosial," demikian komen netizen.


