suria

Hutang RM300 minta tangguh, tapi senyap-senyap daftar acara larian! Individu bengang kawan sengkek tapi pilih hobi mahal

Segelintir individu sanggup berhutang demi hobi 'mahal' mereka. -Gambar hiasan

TERDAPAT segelintir individu yang suka meminjam wang tetapi liat untuk membayarnya semula.

Perbuatan sebegini boleh melukakan hati si pemberi, apatah lagi jika ia melibatkan rakan sendiri.

Di Thread, seorang individu mendedahkan dia ditipu rakannya yang enggan melunaskan hutang sebanyak RM300.

People using social media applications through mobile phone. Story on avoid social media scam. — FAIHAN GHANI/The Star

Sikap suka meminjam duit boleh menyebabkan persahabatan renggang. -Gambar hiasan

"Dua hari lepas kawan minta nak pinjam RM3,000 untuk bayar hutang ah long. Aku tak reply. Dia WhatsApp lagi nak RM500 pula. 

"Dia janji akan bayar petang. Aku cakap ada RM300 je. Aku pun transfer RM300. Petang aku tunggu tapi dia senyap," kongsinya memulakan cerita.

Menurut individu itu, rakannya akhirnya membalas mesej WhatsApp tetapi meminta bayaran ditangguhkan sehingga bulan berikutnya.

  • Seorang individu bercerita tentang rakannya yang melengahkan bayaran hutang sebanyak RM300.
  • Rakan itu pada mulanya meminjam untuk melangsaikan hutang ah long, namun kemudian meminta penangguhan bayaran sehingga bulan berikutnya.
  • Individu berkenaan kecewa rakannya sanggup membelanjakan wang untuk menyertai acara larian.
  • Dia meluahkan rasa sakit hati apabila rakannya lebih mementingkan hobi mahal berbanding bayar hutang.
  • Netizen  menasihatkan agar individu itu tidak lagi meminjamkan wang

Lebih mengecewakan, rakannya memberi alasan tidak mampu melunaskan hutang, sedangkan dalam masa sama boleh membayar yuran pendaftaran acara sukan.

"Hari ni dia WhatsApp, cakap duit (nak bayar) bulan depan. Sebab bulan ni dia ada event larian. Aku macam, kau dah kenapa? 

"Miskin buat cara miskin. Jangan nak hobi mahal. Beli kasut beratus. Nak masuk acara tu pun yuran RM70 ke RM100.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu herdik, perli orang susah... Pemungut hutang kini sempit rezeki, anggap diri terima kifarah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak halalkan!” - Wanita dihina darah daging sendiri gara-gara minta hutang, menyesal bantu beri pinjaman sampai RM16,000

"Sanggup masuk acara larian namun hutang tak bayar. Tapi aku cakap dalam hati je la. 

"Aku balas (WhatsApp) dengan emoji. Aku sakit hati kena game dengan kawan sendiri," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, netizen meminta individu itu agar berhati-hati dan tidak lagi meminjamkan wang kepada rakannya itu.

People doing exercise for a healthy life at National Stadium in Bukit Jalil National on weekend. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Segelintir individu dilihat seronok menikmati kehidupan walaupun belum melangsaikan hutang. -Gambar hiasan

"Dia pinjam ah long pun dah red flag, tapi awak pula bagi dia pinjam duit.

"Jangan percaya orang yang pinjam ah long. Kebanyakannya akan menyusahkan orang sekeliling.

"Jangan layan orang macam ni. Biar jadi musuh daripada sakit hati," tulis netizen.

Artikel Lain