suria

Dulu herdik, perli orang susah... Pemungut hutang kini sempit rezeki, anggap diri terima kifarah

Orang yang berhutang perlu menetapi janji untuk membayar semula wang tersebut. -Gambar hiasan

SETIAP pekerjaan datang dengan cabaran tersendiri serta tanggungjawab untuk disempurnakan.

Di aplikasi Threads, seorang bekas pemungut hutang tular selepas berkongsi kisah mengenai pekerjaannya.

Menurut individu yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia sering memaksa penghutang untuk melunaskan hutang mereka.

Posing pictures of Insomnia or Sleeping Disorder. (JULT 2 2023) — ART CHEN/The Star

Ramai hidup dalam tekanan kerana dibebani hutang. -Gambar hiasan

"Masa kerja collector dulu, aku memang psiko orang nak bayar hutang. Macam-macam ayat aku guna untuk 'tekan' orang.

"Kalau orang tengah struggle dapat kerja, aku cakap kerja berlambak, encik je yang malas.

"Kalau orang bagi alasan mak ayah sakit, aku cakap encik sihat, jadi encik bayar je la," ujarnya memulakan cerita.

  • Bekas pemungut hutang tular selepas kongsi kisah hidupnya di Threads.
  • Dia menyesal pernah paksa ramai orang susah untuk bayar hutang.
  • Semasa bekerja, dia sering menggunakan ayat kejam dan tidak memikirkan perasaan penghutang,
  • Kini dia sendiri hidup susah dan terpaksa berhutang.
  • Dia mahu meminta maaf kepada semua mangsa-mangsanya.

Bagaimanapun, dia kini sudah menyesal dengan perbuatan itu kerana hidupnya sendiri mula porak peranda.

Menurutnya, dia bukan sahaja kehilangan ibu tercinta, malah rezekinya juga sangat sempit sehingga gagal mencari pekerjaan yang baik.

"Kadang terfikir, aku ni kena kifarah ke? Sekarang hidup aku sendiri tunggang terbalik. Dah hampir setahun cari kerja tetap, tapi satu pun tak lekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kerja ‘gomen‘ pangkat tinggi asyik tiada duit, rupanya ‘bergelut‘ beli rumah untuk 5 anak! Akhirnya nama masuk AKPK

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas tunang melenting, tak mengaku hutang 10K... Siap baca doa Al-Jabbar konon diri dianiaya

"Dulu berhenti kerja sebab jaga mak sakit dekat kampung sampai dia meninggal. Lepas mak meninggal, apply kerja merata tapi semua senyap.

"Akhirnya survive dengan kerja part time. Cukup untuk makan, kadang tak. Nak tampung hidup, aku terjebak dengan paylater," luahnya.

Dalam hantaran sama, dia turut membuat permohonaan maaf sekiranya ada mangsa-mangsanya yang terbaca Threads yang ditulisnya.

Pix for jncorrupt

Wang boleh menyebabkan segelintir individu mula lupa daratan. -Gambar hiasan

"Barang dapur, bil, komitmen harian semua guna hutang. Perit, dan aku rasa macam tengah rasa balik semua kata-kata aku dulu.

"Tak kan nak cari sorang-sorang yang aku pernah call bukan-bukan dulu untuk minta maaf? Harap sesiapa yang pernah kena perli dengan saya, maafkan saya," tulisnya lagi.

 

Artikel Lain