suria

Individu desak beg tangan 'preloved' dijual murah, ramal tak laku jika tiada diskaun! Penjual beri jawapan 'pedas'

Memiliki beg tangan idaman tidak semestinya perlu berjenama atau mahal. -Gambar hiasan

DALAM urusan jual beli, tawar-menawar sememangnya sudah menjadi perkara biasa. 

Namun ada kalanya, permintaan sesetengah pembeli boleh dianggap melampau lebih-lebih lagi apabila tiada rasa hormat ketika berurusan.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang wanita berkongsi pengalamannya berdepan dengan pembeli kurang beradab apabila cuba 'menekan' harga beg tangan 'preloved' yang ingin dijualnya.

"Saya jual **** (jenama beg tangan) pada harga RM200. Saya beli dengan harga RM300. Kemudian ada seseorang minta tawar sampai RM100. 

Beg tangan merupakan antara aksesori pelengkap gaya wanita. -Gambar hiasan

"Ayat dia macam ni, Saya nak beli RM100... last harga saya nak. Kalau awak tak setuju dengan harga saya, confirm tak terjual atau tak laku beg tu. Tak ada bincang, terus letak harga," tulisnya pada hantaran berkenaan.  

Geram dengan sikap pembeli berkenaan yang sewenang-wenangnya menetapkan harga sesuka hati, wanita itu tampil membalas mesej individu itu dengan nada berbaur sindiran. 

"Saya cuma balas, Sorry, tak urgent nak jual dan saya tak tergila duit lagi. Sepuluh minit selepas itu, terus ada orang lain beli dengan harga yang diminta," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Peniaga pun nak buat sales!” - Pekerja kafe geram sikap pelanggan, pesan segelas air tapi lepak berjam-jam... Seronok guna WiFi percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Dah dapat ‘refund’ tapi masih ‘bising’, peniaga ajar pelanggan cara mengkritik lebih beradab

Bagi membuktikan 'tekaan' pembeli tersebut salah kononnya tiada yang berminat jika harga beg tangan tidak dikurangkan kepada RM100, wanita  berkenaan sekali lagi membalas mesejnya dengan mengirim resit pembelian daripada pembeli lain. 

"Saya terus hantar resit customer beli dekat dia. Bagitahu dah ada buyer

"Boleh cuba nasib (tawar harga), tapi biarlah win-win situation. Hormat orang," katanya menutup perkongsian.

  • Seorang penjual berdepan individu meminta harga beg tangan RM200 diturunkan kepada RM100 secara tidak sopan.

  • Penjual balas secara tegas dia tak terdesak untuk menjual, dan tak lama kemudian beg itu berjaya dijual pada harga RM200.

  • Penjual menghantar resit pembelian kepada individu tersebut sebagai bukti

  • Perkongsian itu mendapat sokongan netizen yang bersetuju bahawa pembeli juga perlu beradab dan tidak 'menekan' penjual.

  • Ramai kongsi pengalaman sama serta menasihatkan agar pembeli beradab dan tahu cara untuk berunding harga.

Perkongsian wanita tersebut meraih perhatian ramai di media sosial, dengan rata-rata netizen menyokong tindakannya yang tegas ketika berdepan dengan pelanggan banyak 'songeh'.

Ramai yang bersetuju bahawa sesetengah pembeli semamangnya wajar diberi pengajaran kerana kurang beradab dan tidak menghormati penjual. 

Antara komen netizen.

"Dia ingat semua orang desperate jual sebab nak kan duit. Dia pun desperate sangat sebagai customer. Beritahu dia kalau tak ada duit, buat cara tak ada duit.

"Saya penah kena, saya jual tudung preloved harga RM2 sehelai, datang seorang ni dia ambil tiga helai sekali. Time nak bayar dia genggam tangan saya dan cakap, RM5 dah la, akak datang jauh ni. 

"Saya kalau nak minta harga rendah dari penjual, saya akan minta maaf banyak-banyak dan tanya jika mereka boleh pertimbangkan harga saya sebab tak mahu menyusahkan mereka," antara komen netizen.  

Artikel Lain