suria

“Saya tak halalkan!” - Wanita dihina darah daging sendiri gara-gara minta hutang, menyesal bantu beri pinjaman sampai RM16,000

Kita sememangnya dituntut untuk membantu adik-beradik atau ahli keluarga yang dilanda kesusahan. -Gambar hiasan

TIADA sesiapa pun yang tergamak melihat atau membiarkan insan yang disayangi ditimpa kesusahan.

Begitu juga kisahnya dengan seorang wanita ini yang sanggup menghulurkan bantuan apabila adik-beradiknya ditimpa masalah agar mereka dapat meneruskan kehidupan tanpa dibebani masalah kewangan.

Namun siapa sangka, pengorbanan yang dilakukan untuk darah daging sendiri akhirnya menjadi seperti kata pepatah, ibarat kacang lupakan kulit. 

Menerusi hantaran di laman sosial, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa dan penyesalannya selepas memberi pinjaman wang berjumlah hampir RM16,000 kepada adik-beradiknya sekitar lima hingga enam tahun lalu.

Banyak perkongsian yang dipaparkan di media sosial mengenai pengalaman pahit apabila penghutang culas membayar hutang mereka. -Gambar hiasan

"Bukan nak buka aib keluarga tapi masa saya jatuh tahun lepas, saya minta balik hutang daripada adik-beradik yang pernah saya bagi pinjam. Bukan setakat RM100 atau RM200 ye.

"Abang sekitar RM4,000, adik RM7,000, kakak dekat RM5,000. Apabila saya minta waktu susah, mereka boleh sound saya dan tanya mana pergi duit banyak-banyak," tulisnya dalam hantaran berkenaan. 

Menurut pengadu yang tidak mendedahkan identiti diri itu, dia langsung tidak berkira malah segera menghulurkan tangan meminjamkan wang kepada adik-beradik memandangkan dia menjalankan perniagaan beberapa tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kerja ‘gomen’ diperguna adik-beradik buat hutang RM80k! Suami pula tolong ‘kambus lubang’ bayar separuh elak muflis

ARTIKEL BERKAITAN: Mak masuk ‘side’ adik, sokong perangai munafik tak bayar hutang! Abang menyesal tolong buat ‘loan’ kahwin, hari-hari dikejar bank

Bagaimanapun, perkara yang sama tidak berlaku kepadanya apabila perniagaannya diuji bermula tahun lalu.

Bukan tidak pernah meminta secara baik, namun adik-beradiknya tidak mengambil endah malah ada yang menyekat (block) nombor telefonnya.

"Saya dimaki apabila tanya tentang hutang. Apabila ekonomi stabil memang saya tak pernah minta, hinggalah saya betul-betul perlukan duit saya balik.

"Tapi satu sen pun mereka tak bayar. Memang kejam. Hutang adalah hutang. Saya takkan halalkan sebab mereka mampu untuk bayar, bukan tak mampu.

"Sedih tau adik-beradik buat begini apabila kita susah. Hanya Allah yang tahu saat itu, mereka hina, condemn saya," luahnya lagi.

  • Seorang wanita kecewa adik-beradik enggan membayar hutang berjumlah hampir RM16,000.

  • Bantuan diberi ketika adik-beradik susah, tapi dia dihina apabila berada dalam kesempitan.

  • Ada antara mereka memaki serta menyekat nombor telefonnya. 

  • Dia tidak akan halalkan wang yang dipinjamkan kerana mereka mampu membayar.

  • Warganet simpati dan nasihat agar berhati-hati beri pinjaman walaupun kepada keluarga sendiri.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan rasa simpati terhadap wanita tersebut namun ramai yang menasihatinya supaya mengambil tindakan lebih tegas untuk menuntut kembali haknya.

Dalam masa yang sama, ada yang turut berkongsi nasihat agar berhati-hati apabila memberi pinjaman termasuk kepada ahli keluarga demi mengelakkan berlakunya insiden bermasam muka ataupun lebih teruk, terputus silaturahim.

Sebahagian komen dan pandangan netizen.

"Semoga kuat dan tabah. Jangan halalkan dan jangan tolong mereka lagi.

"Kadang-kadang Allah sengaja jatuhkan kita, nak tengok siapa ada waktu kita susah. Apabila kita berduit memang ramai sayang. Apabila tak berduit itulah yang paling sedih.

"Hidup ni keras dik, inilah realiti. Buatlah baik macam mana pun, waktu kita jatuh, adik-beradik even mak ayah pun tak dapat support... malah hina kita lagi," demikian komen netizen.

Artikel Lain