suria

Geram doktor tak mahu bersubahat bagi MC palsu untuk anak malas sekolah, mak ayah buat ulasan buruk di Google

Penyalahgunaan MC adalah satu perbuatan yang tidak wajar. -Gambar hiasan AI

SIJIL cuti sakit (MC) sepatutnya diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, bukan disalah guna untuk kepentingan peribadi.

Di Threads, seorang doktor berkongsi kisah mengenai pelajar perempuan yang diberikan MC gara-gara jangkitan saluran pernafasan (URTI).

Namun, doktor itu geram kerana ibu bapa pelajar tersebut turut meminta MC untuk adik lelakinya yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Segelintir anak-kanak pastinya gembira jika diberi kebenaran untuk ponteng sekolah. -Gambar hiasan

"Saya bagi dia (pelajar perempuan) MC dua hari. Masa nak keluar bilik, boleh pula mak ayahnya arahkan saya beri MC dua hari juga untuk si adik. 

"Saya tolak permintaan. Terus adik dia meragam kata tak adil, dia mula sepak kerusi dan permainan dalam bilik pemeriksaan tu.

"Tergamak mak ayah dia marah sebab saya buat budak tu sedih. Sekali lagi saya kata, saya tak akan bagi MC pada si adik," imbas doktor itu.

  • Doktor kongsi kisah seorang pelajar perempuan diberi MC  kerana mengalami URTI.
  • Ibu bapa pelajar itu kemudian meminta MC untuk adik lelakinya yang sihat, namun ditolak.
  • Situasi menjadi kecoh apabila si adik meragam, menendang kerusi serta mula bertindak kasar.
  • Doktor tetap menjelaskan fungsi sebenar MC, tetapi ibu bapa berkenaan tidak mahu mendengar dan gagal menenangkan anak mereka.
  • Lebih mengecewakan, ibu bapa itu meninggalkan ulasan negatif terhadap doktor di Google selepas permintaan mereka tidak dipenuhi.

Dalam kekecohan itu, doktor tersebut tetap memberikan penerangan mengenai MC, namun dia tidak diendahkan oleh pasangan berkenaan.

Lebih menyedihkan, dia mendakwa pasangan itu langsung tidak menenangkan anak lelaki mereka yang mula bertindak kasar terhadap kakaknya.

"Saya jelaskan tentang MC tapi mereka tak mahu dengar. Si adik terus menangis, dia kata tak adil dia kena pergi sekolah, tapi kakak boleh duduk rumah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal ambil akak umur 40-an bekerja! Baru 3 bulan dah 10 kali MC, video call BF sampai habis waktu pejabat

ARTIKEL BERKAITAN: Bos baik, 'sporting' kecewa staf pijak kepala sanggup tipu MC... Ingat 4 risiko ini jika anda ada niat palsukan sijil

"Dia mula pukul kakak. Paling teruk, mak ayah tu tak berusaha pun untuk tenangkan anak lelaki mereka. 

"Lepas tu boleh pula tinggalkan reviu buruk dekat Google kata saya doktor yang teruk sebab tak bagi MC," ceritanya lagi.

Di ruangan komen, ramai pelayar Threads turut meluahkan rasa geram membaca perkongsian doktor berkenaan.

Ibu bapa perlu memainkan peranan jika anak-anak mula meragam di tempat awam. -Gambar hiasan AI

"Kalau saya, saya periksa je budak lelaki tu, kemudian saya caj bayaran. Doktor dapat duit, budak tu pun dapat kertas MC.

"Mak ayah yang bermasalah. Nanti tujuh keturunan buat perangai yang sama.

"Ini kalau biarkan, sampai tua perangai macam tu," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain