AKIBAT terlewat membayar sewa bulanan, sepasang suami isteri berdepan ujian apabila mereka diminta mengosongkan rumah sewa oleh pemiliknya.
Menerusi satu hantaran di laman Threads, wanita yang merupakan penyewa terbabit berkata, kelewatan membayar sewa pada Ogos berlaku kerana gaji suaminya dianjakkan beberapa hari ke hadapan berikutan cuti umum.
"Ujian kena halau dari rumah sewa sebab lambat bayar bulan ni (Ogos). Gaji laki kita 31 hari bulan tapi hari tu jatuh pada Ahad, lepas tu 1 September pula public holiday (cuti umum), jadi mungkin hari seterusnya masuk.
Masalah kewangan boleh mencetuskan perselisihan antara suami isteri. -Gambar hiasan
"Makcik rumah sewa tu WhatsApp cakap dah 2 hari bulan ni, kalau tak bayar boleh dah kalau nak keluar," tulisnya.
Menurut wanita berkenaan, mesej tersebut ternyata mengejutkan memandangkan ia dibuat tanpa pertimbangan, seolah-olah mereka mempunyai bayaran sewa tertunggak untuk tempoh beberapa bulan.
"Padahal sebelum ni tak pernah tertunggak pun, bil elektrik dan air selalu bayar penuh, tak pernah tunggak. Sewa rumah pun bayar elok je.
ARTIKEL BERKAITAN: Ayah ‘meratib’ tak mahu mati di rumah sewa, mak pula suruh buat ‘loan’ beli perabot... Gadis umur 23 kini tanggung hutang RM1 juta!
ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa pindah, tinggalkan hutang dan sewa tertunggak! Tuan rumah gigit jari tak minta deposit, siap bagi pinjam duit
"Dia (pemilik rumah) cakap rumah sebelah elok je bayar 26 atau 27 hari bulan. Lepas tu suami cakap, nak buat macam mana kerana syarikat dia bayar gaji 31 hari bulan. Lagi pun masa sign agreement dah cakap awal-awal," kongsinya.
Tambah pengadu, biarpun sudah memberikan penjelasan, tuan rumah memaklumkan tidak mahu meneruskan penyewaan dan memberikan mereka tempoh sebulan untuk mencari rumah baharu.
Ujarnya, situasi tersebut sekali gus membuatkan dia dan suami benar-benar buntu kerana urusan mencari rumah sewa baharu bukanlah mudah.
Sepasang suami isteri diminta keluar dari rumah sewa kerana lewat bayar sewa Ogos.
Kelewatan berlaku kerana gaji suami masuk lewat akibat cuti umum.
Tuan rumah terus arah keluar walaupun tiada rekod tunggakan sebelum ini.
Penyewa diberi masa sebulan cari rumah baharu, tetapi hadapi kesukaran kewangan.
Netizen simpati dan kecam tindakan tuan rumah yang dianggap tidak berempati
"Pemilik rumah cakap dia tak boleh teruskan dah dengan kami, dan bagi masa sebulan untuk cari rumah lain. Dalam masa sebulan mana nak cari deposit. Kadar sewa rumah dekat sini tinggi.
"Dai buat macam kami ni tertunggak bayar sewa dua, tiga bulan. Padahal dua, tiga hari je. Tak apalah kalau dia nak aniaya keluarga kami dengan anak kecil lagi," tulisnya lagi.
Perkongsian tersebut ternyata menyentuh hati ramai kerana memahami betapa sukarnya 'bergelut' dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Rata-ratanya turut berpendapat tindakan pemilik rumah berkenaan tidak mempunyai empati lebih-lebih lagi apabila penyewa tidak mempunyai rekod tunggakan sebelum ini.
Antara komen netizen.
"Rasanya tuan rumah awak ni memang saja cari punca untuk halau keluar. Mungkin dia nak bagi sewa rumah dia dekat orang lain dan mark up harga.
"Zalim. Saya pun ada rumah disewakan. Kadang penyewa terdesak juga nak pakai duit. Dia bayar 15 hari bulan sebab gaji dia dua kali. Saya okay je.
"Kalau penyewa ada track record baik, patutnya owner rumah boleh tolak ansur," demikian komen netizen lagi.


