SETIAP isteri pasti menginginkan penghargaan daripada suami, walaupun sekadar dihargai dengan perkara kecil seperti membawa sekeluarga makan di luar, melakukan aktiviti pada hari cuti dan sebagainya.
Apatah lagi selepas berhari-hari penat menguruskan rumah tangga, sedikit perhatian daripada suami pada hari cuti dirasakan terlalu besar dan bermakna buat seorang isteri.
Namun, tidak semua wanita bernasib baik mendapat suami yang memahami isi hati seorang isteri.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila hasrat untuk menikmati makan tengah hari di luar bersama anak dan suami tidak kesampaian kerana lelaki tersebut lebih mementingkan waktu tidurnya ketika hari cuti.
Suami sewajarnya menghargai pengorbanan isteri yang tanpa lelah menguruskan rumah tangga. -Gambar hiasan
Lebih pedih, si suami menuduh dirinya tidak memainkan peranan sebagai isteri hanya kerana tidak memasak pada hari tersebut.
"Hari ni aku sedih. Dia cuti, jadi aku malas nak masak. Aku tunggu dia nak bawa aku dengan anak pergi makan sedap-sedap tapi rasa kecewa yang aku dapat.
"Dia marah sebab aku kejut dia bangun tidur sampai pukul 12 tengah hari, ajak pegi makan sebab anak dengan aku dah lapar. Dia bangun, dia boleh cakap aku tak function sebab tak masak untuk anak," luahnya dalam satu perkongsian di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami manjakan 3 anak buah, tak berkira wang... Lepas dapat zuriat sendiri kakak beri layanan sebaliknya
ARTIKEL BERKAITAN: Derita dapat suami gaji tinggi tapi kedekut teruk! Famili saran cerai, sanggup sara anak-anak - “Telur sebiji pun ungkit”
Dalam perasaan sedih bercampur kecewa, wanita itu berkata, dia kemudian memasak nasi dan menggoreng telur untuk mengalas perutnya dan anak.
Namun, kata-kata suami yang merendahkan peranannya sebagai isteri membuatkan hatinya benar-benar terguris.
Tidak terhenti setakat itu, suaminya kemudian menunjukkan protes dengan mengemas baju seolah-olah mahu pulang ke rumah keluarga, selepas mereka berselisih faham.
Wanita kecewa suami lebih utamakan tidur pada hari cuti, dia mahu dibawa makan tengah hari di luar bersama anak-anak.
Suami tuduh dia 'tidak berfungsi' sebagai isteri kerana tidak memasak.
Dalam keadaan sedih, wanita itu masak nasi dan telur namun kata-kata suami terus menghantui fikiran.
Situasi jadi lebih tegang, suami kemas pakaian seolah-olah mahu pulang ke rumah keluarganya sebagai tanda protes.
Netizen simpati, sifatkan wanita itu telah jalankan tanggungjawab dengan baik dan nasihat agar dia mula berdikari dari segi mental, emosi dan kewangan.
"Aku yang bangun awal pagi setiap hari untuk masak bekal dia pergi kerja sebab aku tahu dia dah tak ada duit. Hari ni dia gaji, sikit pun dia tak nak bawa aku makan sedap-sedap. Serius aku 'koyak'.
"Aku nak tidur pun terfikir-fikir, dekat mana yang aku tak function? Anak aku jaga, anak makan tiga kali sehari aku masakkan, aku suapkan. Baju semua aku basuh, aku jemur.
"Bekal dia aku yang bangun masak. Tangan aku ni tadah doa semoga rezeki dia bertambah dan keselamatan dia pergi balik kerja. Lepas ni ada satu lagi aku kena doa, supaya kebodohan dia tak sampai pada anak-anak aku," tulisnya lagi.

Netizen memberikan kata-kata semangat buat wanita berkenaan.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan simpati dengan nasib wanita berkenaan dan tampil memberikan kata semangat agar dia kuat mendepani cabaran rumah tangga.
"Sis function teruk. Kuat ye sis semoga dipermudahkan segala urusan.
"Jangan sedih. You function. Moga baik-baik sahaja.
"Sudah tiba masanya untuk berdikari dalam semua aspek, dari segi mental, emosi dan kewangan," antara komen netizen.


