suria

Malang pakai kuku sambungan… Wanita patah jari akibat jatuh basikal elektrik

Keadaan jari telunjuk wanita berkenaan yang patah selepas terjatuh daripada basikal elektrik. -Foto Sin Chew Daily

SEORANG wanita mengalami patah jari telunjuk selepas terjatuh dari basikal elektrik sehingga terpaksa menjalani pembedahan gara-gara memakai  kuku sambungan (nail extensions).

Menurut laporan media, wanita berusia 22 tahun dari China yang dikenali sebagai Wang itu sedang menunggang basikal elektrik apabila dia terjatuh dan jarinya terhentak ke permukaan jalan.

Akibat hentakan tersebut, kuku sambungan pada jari telunjuknya patah dan menyebabkan pendarahan serta kesakitan yang teruk.

Keadaan itu memaksanya mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Daerah Linping, Hangzhou.

Pemeriksaan oleh pakar ortopedik mendapati Wang mengalami patah pada jari telunjuk selain kecederaan serius pada dasar kuku (nail bed) yang turut koyak.

Disebabkan kuku tersebut patah dan sebahagian dasar kuku terdedah, pembedahan terpaksa dilakukan bagi merawat kecederaan berkenaan.

Doktor yang merawat Wang memaklumkan bahawa kecederaan yang dialaminya berkemungkinan tidak seteruk itu sekiranya dia tidak memakai kuku sambungan ketika kejadian berlaku.

Wanita itu kemudiannya menjalani prosedur pembedahan closed reduction and internal fixation dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta semakin pulih. -Agensi

Artikel Lain