MASALAH kewangan, kegagalan mendapatkan restu keluarga serta kehadiran orang ketiga sering menjadi punca keretakan sesebuah hubungan percintaan.Namun, hasrat seorang wanita untuk menamatkan zaman bujang berkecai apabila rahsia gelap tunangnya yang bernafsu songsang terbongkar pada tahun lalu. Dalam perkongsian di Thread, wanita itu mendakwa tunangnya yang dikenali sejak zaman sekolah mula berubah selepas dia memulakan kerjaya di awan biru.Segelintir lelaki sanggup berkahwin demi menutup sisi gelap mereka yang songsang. -Gambar hiasan AI"Habis je matrikulasi, dia jadi kru kabin. Di sinilah kisahnya bermula. Saya bukan nak burukkan kru kabin. Tapi ia berlaku lepas dia sertai kerjaya itu."Satu hari tu, saya dapati dia tidur dengan lelaki lain. Memang berkecai hati saya. Saya periksa telefon dia senyap-senyap. Dia ada aplikasi 'topeng kuning' (platform janji temu songsang)."Ya saya tahu salah sebab langgar pviasi dia, tapi saya terus tanya dia. Jadi kami putus tunang," kongsinya.Wanita raih perhatian selepas kongsi kisahnya yang putus tunang.Bekas tunangnya merupakan seorang kru kabin.Dia mendakwa bekas tunangnya merupakan pengamal hubungan songsang.Wanita itu kecewa, namun memilih untuk memaafkan bekas tunangnya.Ringkasan ini dijana oleh AIDi sebalik rasa kecewa, wanita itu tetap menjaga aib bekas tunangnya sehingga terpaksa menipu keluarga tentang hubungan mereka."Saya cakap kat mak ayah yang saya tawar hati dan kami dah tak sehaluan. Saya patut jaga aib dia. Saya juga tegur perbuatannya. Mungkin ini ujian Tuhan untuk kami."Gila tak kecewa. Saya fikir dia akan jadi imam saya, tapi dia buat begini. Kecewa tak terkata. Sekarang semua tinggal kenangan saja," kongsinya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Tak faham maksud mesej, rider sangka pelanggan nak belanja... Rupanya gay gersang ajak buat benda tak senonohARTIKEL BERKAITAN: Gay dekat rumah suka 'menggatal', suami pula tak bagi tegur... Isteri tunggu masa nak 'meletup' - "Membara jiwa pahlawan aku"Menurut wanita itu, mereka membawa haluan masing-masing selama setahun selepas putus tunang dan bertemu secara tidak sengaja dalam satu majlis pada bulan lepas."Terjumpa dia masa kenduri kawan. Sebelum ni kami tak jumpa sebab memang mengelak. Kami juga sempat berbual dengan baik. Saya pun dah maafkan dia."Kalau dia terbaca Thread ini, saya nak cakap yang pintu taubat masih terbuka. Saya rindu diri kamu yang dulu. Saya sentiasa doakan awak sebagai kawan," tulisnya lagi.Sebagai peringatan, hubungan sesama jantina adalah haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.