suria

“Saya doakan dia kena STD!” - Lelaki salahkan libido tinggi lepas berzina... Kantoi langgan perempuan tiga bulan sebelum nikah

Pasangan bertunang biasanya akan berdepan banyak ujian sebelum melangkah ke alam perkahwinan. -Gambar hiasan AI

UJIAN ketika fasa bertunang merupakan antara cabaran awal yang perlu ditempuhi pasangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Di Thread, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa tunangnya melakukan perbuatan terkutuk walaupun tarikh perkahwinan mereka semakin dekat.

"Tunang kantoi 'makan luar' sedangkan lagi tiga bulan kami nak kahwin. Paling bodoh, saya tak minta hantaran pun. Kami rancang buat majlis sederhana. Dia jantan paling sial dalam tahun 2026.

Kehadiran orang ketiga boleh menjadi perosak hubungan. -Gambar hiasan AI

"Rasa teraniaya. Orang yang paling kita percaya dan sayang sanggup buat macam ni di belakang. Memang saya doakan semoga dia kena penyakit jangkitan kelamin (STD).

"Saya nak tahu. Kalau kami kahwin, adakah dia akan berubah? Orang yang 'makan luar' sebelum kahwin ni dikira satu habit ke? Dia mengaku libido tinggi," kongsinya.

Menurut wanita itu lagi, dia juga merancang untuk menamatkan hubungan mereka kerana lelaki tersebut sudah beberapa kali melukakan hatinya.

  • Wanita kecewa tunangnya kantoi melakukan perbuatan terkutuk dengan perempuan lain.
  • Lebih menyedihkan, perbuatan itu terbongkar tiga bulan sebelum perkahwinan mereka.
  • Wanita itu juga menyesal kerana tidak meminta wang hantaran daripada bakal suaminya itu.
  • Ramai netizen beri nasihat agar wanita itu segera angkat kaki dan batalkan perkahwinan.

"Tunang saya ni pernah beberapa kali menangis depan saya. Dia kata, kenapa Tuhan bagi dia libido tinggi sampai nak kerja pun tak fokus.

"Dia mengaku selalu layan video porno dan beronani. Saya tahu dia redflag, tapi saya masih maafkan dia. Lepas ni memang saya akan putuskan hubungan dengan dia.

"Saya bukan pendendam, tapi saya akan ingat sampai bila-bila. Saya kesiankan dia, makan ayam gepuk pun kami kongsi bayar. Tahu-tahu, dia kantoi bayar bil test STD untuk seorang pelacur," dakwanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Konon masuk pondok nak cari diri yang ‘hilang’, rupanya bakal tunang bernikah diam-diam! - “Kejamnya awak buat macam ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Masin mulut kakak! Doa moga adik lelaki putus tunang jadi realiti... Bakal isteri ada ‘dark side’ - “Aku pernah kena ludah dengan dia”

Di ruangan komen, ramai netizen menggesa wanita itu untuk memutuskan pertunangan bagi mengelakkan masalah lebih besar pada masa depan.

"Jangan pernah harap seorang lelaki berubah. Kamu dapat tahu sebelum kahwin. Anggaplah ini satu cara Allah nak selamatkan kamu.

"Selamatkan diri daripada kena penyakit tu. Masa tunang pun dia dah buat macam tu. Tak payah kahwin dengan orang macam ni," tulis netizen.

Artikel Lain