suria

Mengaku bayar murah RM350 sebulan, tapi ibu sedih pengasuh kerja sambil lewa... Biar lampin anak penuh air kencing sampai petang

pengasuh pemalas, upah mengasuh budak, ibu tegur pengasuh, lampin anak kembung

PENGASUH sepatutnya melakukan kerja dengan amanah memandangkan mereka dibayar upah untuk menjaga dan menguruskan kanak-kanak.

Namun, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa kebajikan anaknya yang berusia dua tahun terabai sepanjang berada di rumah pengasuhnya.

"Macam mana ya nak cakap dekat pengasuh untuk kerapkan ganti atau tukar lampin anak? Saya hantar 10 pagi dah siap mandi semua.

Children looking for porn sites on tablet.

Pengasuh perlu menjaga kebajikan kanak-kanak yang berada dalam jagaannya. -Gambar hiasan

"Ambil anak pukul 5 petang, dia masih pakai pakaian sama. Lampin dalam beg langsung tak terusik. Setiap kali jemput anak, mesti lampin dia kembung penuh air kencing," luahnya.

Menurut wanita itu, pengasuh tersebut dibayar upah sebanyak RM350 sebulan.

Di sebalik rasa tidak puas hati yang disuarakannya tentang isu itu, dia berkata anaknya tidak mempunyai masalah lain di rumah pengasuh.

  • Wanita kongsi luahan tentang sikap pengasuh anaknya di Thread.
  • Dia kesal kerana lampin anaknya tidak ditukar sepanjang hari.
  • Dia berkata pengasuh itu dibayar upah RM350.
  • Wanita itu tidak tahu cara yang sesuai untuk menegur pengasuh anaknya.

"Setakat ni anak suka pergi sana. Gembira je sebab ada kawan-kawan. Tapi satu je la, pasal tak tukar baju dan lampin. Bab makan tu tak tahulah. Nak tanya tapi anak bukan reti cakap lagi," ujarnya.

Di ruangan komen, ramai golongan ibu meminta wanita itu agar mencari pengasuh yang lebih baik untuk anaknya.

"RM350 pun awak bayar tau, bukannya pakai daun. Kalau mak tak bertegas, siapa lagi nak tegur? Awak nak anak kena ruam?

ARTIKEL BERKAITAN: Kerusi roda tak bergerak, pesakit obesiti suruh jururawat lebihkan nasi... Baru ada tenaga nak kerja! - “Kita pula disuruh makan banyak”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh 'redflag'! Anak berak pun mengadu, susu dibekal tak luak... Paling risau si kecil menangis macam fobia

"Takut anak dapat ruam atau jangkitan. Kita kalau datang haid pun tak selesa jika tak tukar pad.

"Alamak, itu red flag. Bukannya mengasuh percuma, dia tak boleh sambil lewa je jaga budak. Kesian anak.

"Tolonglah cakap dengan pengasuh, jangan diam je. Kesian anak," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain