suria

Dihantar ke sekolah agama, anak dedah sikap keji bapa! Popular sebab alim, sebenarnya kaki porno - "Dia tak bagi aku keluar maahad"

Ketagihan video lucah juga boleh berlaku dalam kalangan warga emas. -Gambar hiasan AI

KETAGIHAN pornografi bukan sahaja berlaku dalam kalangan anak muda, malah ia turut dialami individu pelbagai lapisan usia.

Di Thread, seorang remaja meluahkan kekecewaan selepas mengetahui bapanya gemar menonton video lucah.

"Dulu aku pinjam telefon ayah. Aku dah nampak (video lucah) dekat Google Chrome. Tapi waktu tu aku bersangka baik, mungkin ayah tertekan link pelik-pelik.

Emosi anak boleh terganggu akibat perbuatan ibu bapa. -Gambar hiasan AI

"Tapi, tadi aku sendiri dengar bunyi tak menyenangkan dari bilik ayah. Aku tak nak fitnah atau bersangka buruk, tapi aku rasa ayah tengok video lucah.

"Bayangkan, yang aku nampak kat Google Chrome tu masa aku sekolah rendah. Sekarang aku dah umur 17. Nampak tak betapa lamanya dia 'layan' benda tu," tulisnya.

Menurut gadis itu yang merupakan anak sulung, dia juga kesal kerana bapanya dikenali sebagai individu yang berperwatakan alim, namun melakukan perbuatan terkutuk secara tersembunyi.

  • Anak kecewa bapa tonton video lucah sejak beberapa tahun lalu.
  • Dia lebih kecewa kerana bapanya merupakan seorang yang alim di mata orang sekeliling.
  • Gadis itu berkata bapanya gemar beribadah di masjid dan bersedekah.
  • Dia rasa jijik kerana bapanya menonton benda kotor untuk keseronokan.

"Dalam kehidupan kami, orang kenal ayah aku ni sebagai orang yang baik. Dia pergi masjid, surau, sedekah dan bangun tahajud.

"Kat maahad, ramai yang kenal ayah aku. Jadi aku rasa malu dan kecewa. Dia tak benarkan aku keluar maahad kalau tak khatam al-Quran. Tapi dia 'hiburkan' diri dengan benda jijik tu.

"Sumpah tak tahu nak cerita kepada siapa. Benda ni aib kalau aku cerita dekat orang yang kenal aku. Jadi aku tulis di Thread dengan akaun palsu aku," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah umur 64 tahun masih ketagih porno, aktif sembang nakal di Telegram! Sisi gelap bapa alim terbongkar lepas anak pinjam telefon

ARTIKEL BERKAITAN: Habislah ibu dah kantoi! Anak 5 tahun suka bergosip dengan bapa, hantar report emaknya main TikTok dalam selimut

Selain gemar menonton video lucah, gadis itu berkata bapanya juga tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan ibunya terpaksa bersusah payah menguruskan keluarga,

"Aku kesian dekat umi sebab dia banyak kerja keras untuk keluarga. Kalau adik-adik buat perangai, umi juga kena uruskan. Umi yang siapkan kami semua.

"Aku tak pasti la umi tahu ke tidak tentang ayah tengok video lucah ni. Kadang tu aku rasa macam nak umi dan ayah cerai. Tapi takut umi pula makin susah. Umi pun bukannya senang," luahnya lagi.

 

Artikel Lain