SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila sering menjadi sasaran sindiran ibunya hanya kerana hamil terlalu cepat selepas selesai berpantang.Menurut wanita itu, ibunya tidak mahu dia pulang ke kampung kerana berasa malu apabila mengetahui dia bakal melahirkan anak kedua ketika anak sulungnya masih kecil. Katanya, sejak awal kehamilan bayi kedua lagi ibunya tidak henti-henti menyindir malah langsung tidak menjaga perasaannya sebagai seorang wanita yang sedang mengandung.Wanita lebih mudah terasa hati ketika hamil kerana hormon yang tidak seimbang. -Gambar hiasan AI"Mak tak nak aku balik kampung sebab dia malu aku beranak rapat (tak jarak kehamilan). Anak aku yang sulung tu baru satu tahun tiga bulan waktu adik dia lahir nanti."Mak aku tak berhenti sindir dari aku awal mengandung sampai la sekarang, tunggu masa je nak beranak. Tak jaga langsung perasaan aku sebagai anak," ujarnya di Thread.Dia turut mendakwa ibunya juga seolah-olah tidak reda dengan jantina bayi yang sedang dikandung selain mengakui sudah terlalu penat berdepan sikap keluarga yang disifatkan toksik sejak sekian lama.ARTIKEL BERKAITAN: Akibat suruh suami gosok gigi sebelum tidur, wanita dimaki hamun tanpa belas ihsan... Paling kejam disuruh gugur kandungan!ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu ‘menjawab’ di akhirat, suami tegur isteri mengandung pakai baju ketat - “Dia asyik cakap pasal dosa”"Jantina anak dua-dua ni sama perempuan pun dia boleh cakap dekat perut aku, eh kenapa la mu (anak dalam kandungan) perempuan juga. Ya Allah aku penat."Aku doa nak lari daripada famili aku yang 'super toksik' ni tapi dia masih datang. Aku cuma penat berpuluh tahun. Mulut dia sama je tak berubah," jelasnya lagi.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menasihatinya agar menjaga emosi sendiri demi anak-anak serta tidak terlalu memikirkan kata-kata negatif orang lain.Wanita terkilan sering diperli ibu kerana jarak usia anak rapat.Ibu malu hingga tidak benarkan dia pulang ke kampung.Sejak hamil, perasaan wanita itu langsung tidak dijaga.Jantina bayi perempuan turut dijadikan bahan sindiran.Netizen nasihatkan dia jaga emosi dan jarakkan diri demi anak-anak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sudah memang sejak azali mulut ibu kamu macam tu kan, tak payah layan la. Dia tak nak awak balik, awak pun tak payah la balik."Tak apa kalau dia tak bagi awak balik. Jadi tak perlu balik. Jarakkan. Kurangkan berhubung, kurangkan berjumpa. Jaga emosi untuk anak-anak."Yang tentukan jantina bukan mak tapi ayah kepada baby tu. Ada masa belajar biologi diterangkan tentang ini. Apa yang gelabah sangat mak awak ni. Cakap syukur Allah bagi juga rezeki ada anak," komen beberapa netizen.